PRN Negeri Sembilan: Jalaluddin Yakin Calon BN Mampu Beri Khidmat Terbaik Kepada Rakyat

SEREMBAN, 16 Julai – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias yakin kesemua calon yang diketengahkan parti itu mampu memberikan khidmat terbaik kepada rakyat sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 (PRN16). Beliau berkata, perkara itu berdasarkan latar belakang, pencapaian serta pengalaman calon-calon BN yang diyakini mempunyai keupayaan untuk […]

» Read more

Kembalikan Kegemilangan Negeri Sembilan Di Bawah Pentadbiran BN

SEREMBAN, 16 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru rakyat untuk memberi mandat kepada BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini bagi mengembalikan semula kegemilangan negeri tersebut. Menurut beliau, Negeri Sembilan mempunyai sejarah kecemerlangan yang mampu diulangi sekiranya semua pihak bersatu hati dan memberikan kepercayaan semula kepada BN untuk mentadbir negeri. “Kita nak […]

» Read more

Aura Kemenangan BN Johor Jadi Pemangkin Kebangkitan Di Negeri Sembilan

KUALA LUMPUR, 16 Julai – Gelombang sokongan rakyat yang diterjemahkan menerusi kemenangan besar Barisan Nasional (BN) di Johor akan terus merebak ke Negeri Sembilan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN). Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Samasuddin Yusof berkata, sentimen kebangkitan BN yang diterjemahkan melalui kemenangan besar di Johor kini dilihat mula dirasai di Negeri Sembilan apabila rakyat semakin merindui pentadbiran […]

» Read more

BN Pilih Rakan Yang Dipercayai Hadapi PRN Negeri Sembilan – Mohamad

SEREMBAN, 16 Julai – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan malam tadi mengumumkan calon parti sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO mengumumkan 25 nama calon BN daripada keseluruhan 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertandingkan. Katanya, baki daripada jumlah tesebut akan diberikan kepada […]

» Read more

Ketepikan Perbezaan… Bersatu Hati, Pastikan BN Kembali Terajui Negeri Sembilan

SEREMBAN, 15 Julai – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh jentera agar bersatu hati, mengetepikan segala perbezaan dan bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan Negeri Sembilan kembali diterajui oleh sebuah kerajaan yang stabil, berwibawa serta mampu membawa kemajuan kepada rakyat. Menurut beliau, semangat kemenangan BN di Johor perlu diterjemahkan di Negeri Sembilan dengan menjadikan kejayaan tersebut […]

» Read more

Senarai Calon BN PRN Negeri Sembilan

SEREMBAN, 15 Julai – Berikut senarai calon Barisan Nasional (BN) sebagaimana yang diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN merangkap Pengerusi BN Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan di Majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon di Perkarangan Stadium Paroi, Seremban, di sini malam ini. CALON BN PRN NEGERI SEMBILAN N01 Chennah – Siow Kong Choon (MCA) N02 Pertang – Datuk Seri Jalaluddin […]

» Read more

Gelombang Biru Warnai Stadium Paroi, Persediaan Harungi PRN

SEREMBAN, 15 Julai – Gelombang biru membanjiri Perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam tadi apabila dianggarkan kira-kira 15,000 penyokong dari seluruh Negeri Sembilan berhimpun sebagai simbolik kesiapsiagaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN). Tinjauan mendapati rata-rata kehadiran daripada pelbagai kelompok masyarakat lapisan umur, sekaligus mencerminkan semangat serta komitmen untuk memberikan sokongan kepada gabungan itu menjelang hari pengundian. Majlis Pelancaran Jentera […]

» Read more

PRN NS: Rakyat Jangan Lepaskan Peluang… Pentadbiran BN Terbaik

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii menyeru rakyat Negeri Sembilan agar tidak melepaskan peluang untuk memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, susulan kejayaan besar di Johor. Menurutnya, kemenangan BN di Johor membuktikan rakyat semakin yakin terhadap keupayaan parti itu untuk mentadbir negeri dengan baik, sekali gus memastikan […]

» Read more

PRN Negeri Sembilan: MCA Tanding Tujuh, MIC Empat Kerusi – Ahmad Zahid

SEREMBAN, 15 Julai – Barisan Nasional (BN) memperuntukkan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada MCA manakala empat kerusi diserahkan kepada MIC pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata formula pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen itu dibuat dengan mengambil kira unjuran potensi kemenangan calon di kawasan masing-masing. “Tadi saya […]

» Read more

Jentera DUN Gemencheh Diperkasa, Mohd Isam Mahu Semua Bersedia Hadapi PRN

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Ketua UMNO Bahagian Tampin Datuk Mohd Isam Mohd Isa terus memperkukuhkan kesiapsiagaan jentera apabila mengadakan perjumpaan bersama Jentera Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh bagi memperincikan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan. Menurut Mohd Isam yang juga Ahli Parlimen Tampin, pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada penyelarasan gerak kerja pilihan raya agar setiap jentera berada […]

» Read more
1 21 22 23 24