Dukungan, Semangat Luar Biasa BN-PH Harungi PRN – Ahmad Zahid

PORT DICKSON, 1 Ogos – Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata komposisi di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam mengharungi Pilihan Raya Negeri (PRN) berada dalam dukungan luar biasa. Malah katanya, ramalan daripada pihak tertentu berkenaan kekalahan pada PRN adalah tidak benar kerana mandat daripada rakyat pada 12 Ogos […]

» Read more

Puteri UMNO Turun Padang Ke Gemas Bantu Calon BN

TAMPIN, 1 Ogos – Pergerakan Puteri UMNO Malaysia hari ini berbesar hati melakukan edaran risalah calon Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN). Ketuanya, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi bersama kepimpinan parti melakukan ‘walkabout’ tersebut bersama calon DUN Gemas, Datuk Abd Razak Ab Said di Pekan Gemas tengah hari tadi. Sementara itu ketika ditanya berkenaan kempen […]

» Read more

Cikgu Non Fokus Tiga Keutamaan Bagi Masyarakat DUN Bkt Kayu Hitam

Bukit Kayu Hitam, 1 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kayu Hitam, Zainol Abidin Mohamad yang lebih dikenali sebagai Cikgu Non tekad membawa tiga fokus sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. Menurutnya, fokus utama yang akan dibawanya cukup bermakna bagi rakyat di kawasan itu iaitu pendidikan untuk anak-anak, pembinaan kawasan perindustrian […]

» Read more

Prestasi Dan Pencapaian Saiful Jadi Taruhan Kempen Di Johol

KUALA PILAH, 1 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol, Saiful Yazan Sulaiman menjadikan perkhidmatan terbaik beliau sebagai taruhan dalam mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini. Katanya, ini kerana pelbagai agenda pembangunan telah dilakukan sepanjang lima tahun ini meskipun berdepan cabaran termasuk pertukaran kerajaan Pusat dan penularan pandemik COVID-19. “Alhamdulillah sepanjang […]

» Read more

Bazlan Ajak Pengundi Batu Rakit Pilih BN Demi Kelangsungan Pembangunan

Batu Rakit, 1 Ogos – Dua penggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit… penggal pertama ketika Barisan Nasional (BN) terajui negeri dan penggal kedua diterajui Pas sukarkan kelangsungan perancangan yang telah dibuat sebelum ini, keluh calon BN DUN Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman. Justeru beliau mengajak pengundi untuk memberikan peluang sekali lagi kepada beliau pada Pilihan Raya Negeri (PRN) […]

» Read more

DUN Bukit Lada Perlukan Pembangunan Dan Infra Rakyat, MB Kedah Tiada Visi – Said Ali

BUKIT LADA, 1 Ogos – Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Lada, Datuk Said Ali Said Rastan berharap pengundi dapat memberikannya mandat pada 12 Ogos ini bagi beliau melaksanakan segala agenda pembangunan untuk manfaat rakyat yang diabaikan oleh kerajaan negeri. Ini kerana katanya, walaupun Bukit Lada ini adalah kawasan baharu namun banyak infrastuktur dan keperluan asas bagi rakyat tidak menjadi […]

» Read more

Ketengah Calon Baharu, Muda Bukti UMNO/BN Tidak Ketandusan Pemimpin

TAMPIN, 1 Ogos – Keterbukaan parti yang memberi kepercayaan kepada calon daripada Pergerakan Pemuda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) memberikan signal bahawa UMNO/Barisan Nasional (BN) tidak ketandusan pemimpin baharu. Bagi calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Gemencheh, Suhaimizan Bizar, beliau meluahkan kesyukuran kerana diberikan amanah ini dalam meneruskan khidmat bakti kepada rakyat. “UMNO/BN tidak ketandusan pemimpin muda, saya juga adalah daripada […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan Bukan Kosmetik Politik, Kerjasama Hingga Ke Akar Umbi – Megat Zulkarnain

SHAH ALAM, 1 Ogos – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan bukanlah sebagai satu kosmetik politik dan bukan juga satu gambaran untuk mengkaburkan mata rakyat. Sebaliknya kata beliau, Kerajaan Perpaduan ini benar-benar wujud demi kepentingan rakyat secara keseluruhan sebagaimana kerjasama yang dilaksana dari peringkat atas hinggalah kepada gerak kerja jentera di akar umbi. […]

» Read more

PRN: Ahmad Deraman Mahu Kekalkan Kerusi Kok Lanas Sebagai Tradisi Parti

  KOK LANAS, 1 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kok Lanas, Ahmad Deraman bertekad untuk mengekalkan kerusi tradisi parti itu dan menyambung tugas penyandangnya sebelum ini. Ketika ditemui UMNO Online, beliau melahirkan rasa terharu kerana telah diberi peluang oleh penyandang kerusi tersebut iaitu Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad bagi meneruskan legasi perjuangan […]

» Read more

Kerjasama BN-PH Terbentuk Begitu Baik, Tonjol Keikhlasan Dalam Usaha ‘Ubah Kelantan’

KOTA BHARU, 1 Ogos – Kerjasama jentera Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) atas nama Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini memperlihatkan keikhlasan kedua-dua parti dalam usaha mengubah pentadbiran sedia ada di Kelantan. Calon BN bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong, Mohamed Hasnan Che Hussin berkata, proses berkempen berjalan amat lancar tanpa sebarang kemaslahatan. […]

» Read more
1 20 21 22 23 24 41