Warga Felda Nikmati Manfaat Jika Pilih Kerajaan, Wakil Rakyat Yang Mampu Bela Nasib Mereka – Bung Moktar

PALONG, 8 Ogos – Warga Felda akan sentiasa menikmati pelbagai manfaat apabila memilih kerajaan dan wakil rakyat yang dapat membela nasib mereka, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Jelas beliau, ia terbukti dengan pelbagai inisiatif yang digerakkan saban tahun bagi meningkatkan taraf hidup peneroka Felda sejak BN menerajui pemerintahan negara dan misi ini diteruskan oleh […]

» Read more

BN-PH Sepakat Calon MB Kedah – Ahmad Zahid

LANGKAWI, 8 Ogos – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) telah mencapai kesepakatan berkenaan calon Menteri Besar Kedah sekiranya kedua-dua gabungan itu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini. Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata nama berkenaan hanya akan diumumkan selepas kedua-dua gabungan itu berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya 19 kerusi Dewan Undangan Negeri […]

» Read more

Rakyat Mengeluh Isu Air Dan Peluang Pekerjaan, Bukti Pas Gagal Tadbir Kelantan – Mohd Fakaarudin

MACHANG, 8 Ogos – Keluhan rata-rata rakyat Kelantan mengenai isu yang sinonim dengan mereka iaitu masalah air dan pekerjaan menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Kelantan bawah pentadbiran Pas Gagal mentadbir negeri itu dengan baik. Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemuning, Mohd Fakaarudin Ismail berkata, pentadbiran Pas selama 33 tahun itu terlalu lama dan sepatutnya segala masalah […]

» Read more

UMNO Papar Fokus Pastikan DUN Sg Panjang Tetap Milik BN, Perkukuh Kerajaan Perpaduan

SUNGAI BESAR, 8 Ogos – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri diadakan serentak pada 12 Ogos sementara pengundian awal berlangsung hari ini. Dalam hal ini, Ketua UMNO Bahagian Papar, Datuk Jamal Nerubi memaklumkan bahawa anggota jentera bahagiannya yang telah lebih seminggu berkampung di sini fokus kepada gerak kerja memastikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai […]

» Read more

Rakyat Lihat PRN Peluang Terbaik Ubah Pentadbiran Di Kelantan – Wan Rosdy

RANTAU PANJANG, 8 Ogos – Rakyat di negeri Kelantan merasakan ini adalah peluang terbaik untuk mengubah kerajaan negeri tersebut yang sudah bertapak selama 33 tahun dengan tidak membawa banyak perubahan dari segi pembangunan. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, angin perubahan sudah mula kelihatan di Kelantan apabila anak-anak muda turut bersama mereka pada setiap siri ceramah […]

» Read more

Politik Persepsi, Manipulasi Muncul Kembali, Tolak Permainan Jahat Demi Kestabilan Dan Kemakmuran – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 8 Ogos – Bendahari UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta rakyat khususnya para pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk menolak politik jahat yang memainkan sentimen kebencian, manipulasi fakta dan menimbulkan pelbagai persepsi negatif. Katanya, sememangnya ia adalah taktik pihak lawan yang sentiasa cuba menggugat kestabilan dan kemakmuran yang ditawarkan oleh Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan […]

» Read more

Tawaran BN-PH Beri Manfaat Ekonomi, Infrastruktur Di Sungai Air Tawar – Rizam

SABAK BERNAM, 8 Ogos – Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar, Datuk Rizam Ismail melihat lima tekad yang ditawarkan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Selangor bakal membawa manfaat tersendiri kepada rakyat. Jelas beliau, ini termasuk buat penduduk di Sungai Air Tawar yang menyaksikan perancangan Jajaran Kita Selangor iaitu perkhidmatan rel menghubungkan Klang ke Kuala Selangor, Tanjong […]

» Read more

Reezal Merican Mahu Kekalkan Pembangunan Bertam Bersifat Inklusif

BERTAM, 8 Ogos – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mahu mengekalkan pembangunan yang dirancang dan dibangunkan di kawasan itu bersifat inklusif merangkumi pelbagai lapisan masyarakat. Kata bekas Ahli Parlimen Kepala Batas itu, menyedari golongan muda sebagai pewaris dan generasi masa hadapan, keperluan mereka juga menjadi keutamaan seperti isu pemilikan […]

» Read more

Calon Termuda PRN Terengganu, Koja Ingin Berkhidmat Untuk Semua Di DUN Jerteh

JERTEH, 8 Ogos – Calon termuda Barisan Nasional (BN) Terengganu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jerteh Mohd Rozaini Mohd Rasli, 35, atau Koja berazam untuk berkhidmat kepada semua lapisan masyarakat jika beliau diberi mandat Sabtu ini pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu. Beliau yang juga calon paling muda untuk PRN negeri berkenaan seterusnya melihat walaupun usia muda, insya-Allah segala tumpuan […]

» Read more

Tawaran BN-PH Kepada Rakyat Kelantan Realistik… Optimis Bentuk Kerajaan Usai PRN

TANAH MERAH, 8 Ogos – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi optimis Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dapat membentuk Kerajaan Perpaduan di negeri Kelantan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) ini. Jelasnya, segala manifesto yang telah dibentangkan adalah realistik dan ia mampu menoktahkan kesengsaraan rakyat Kelantan selama 33 tahun. “Dua hari yang lalu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO […]

» Read more
1 8 9 10 11 12 41