Yakub Khan Syukur Proses Undi Awal DUN Sepanggar Berjalan Lancar

SEPANGGAR, 25 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Karambunai Datuk Yakub Khan bersyukur proses pengundian awal di kawasan tersebut telah berlangsung dengan baik dan lancar. Beliau yang ditemui selepas membuat tinjauan di pusat pembuangan undi di Pangkalan TLDM di sini berkata kadar keluar mengundi sebagaimana yang dilaporkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) amat memberangsangkan. […]

» Read more

Jentera BN Sabah Seperti ‘Mesin Perang’, Berada Di Landasan Kemenangan – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 25 Nov – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, menyifatkan jentera BN Sabah kini bergerak seperti “mesin perang” yang sukar dihentikan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada Sabtu ini. Beliau yang juga calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag berkata, gerak kerja jentera BN di 45 kawasan DUN berjalan tersusun, […]

» Read more

PRN Sabah: Semua 58 Pusat Undi Awal Ditutup Sepenuhnya 5 Petang

KOTA KINABALU, 25 Nov – Semua 58 pusat pengundian awal untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang ke-17, ditutup sepenuhnya pada jam 5 petang ini. Penutupan pusat pengundian terbabit dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan dan jumlah pengundi berdaftar, selepas ia dibuka tepat pada jam 8 pagi tadi. Seramai 24,426 pengundi layak menunaikan hak mereka, hari ini, terdiri daripada 11,697 anggota […]

» Read more

Manifesto BN Sentuh Semua Peringkat, Termasuk Anak Muda Pedalaman – Aslan Fadli

KALABAKAN, 25 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebatik, Aslan Fadli Samsul Alang, menegaskan bahawa manifesto BN merupakan yang paling komprehensif untuk rakyat Sabah, khususnya golongan muda dan komuniti luar bandar. Beliau berkata, manifesto itu bukan sekadar dokumen pilihan raya, tetapi satu komitmen jelas BN untuk mempercepatkan pembangunan yang tertangguh serta meningkatkan taraf hidup rakyat. […]

» Read more

Majoriti Kaum Murut Sokong BN, Rahmah Jan Tekad Bekerja Sehabis Baik

TENOM, 25 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Udangan Negeri (DUN) Kemabong Datuk Rahmah Jan Sulaiman berkata majoriti kaum Murut yang berada di kawasan itu menyokongnya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 ini. Rahmah Jan dalam satu temubual eksklusif bersama UMNO Online berkata, mereka tidak melihat kepada isu perkauman tetapi lebih melihat kepada siapakah yang lebih membela […]

» Read more

Undi Bukan Cuba-cuba… Yakub Khan Seru Kekal Pilih BN Di Karambunai

SEPANGGAR, 25 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Karambunai, Datuk Yakub Khan menyeru rakyat agar memberikan peluang dan sokongan kepada BN demi mengembalikan kestabilan politik dan ekonomi negeri. Menurut beliau, pengalaman sejak 2018 sudah cukup membuktikan bahawa percubaan menukar kerajaan hanya membawa kepada ketidakstabilan dan merencatkan pembangunan. “Dalam tempoh lima tahun kita tukar kerajaan tiga kali. Pelabur takut […]

» Read more

Suhaimi Tinjau Proses Pengundian Awal, Suasana Harmoni Di Dun Sibuga

SANDAKAN, 25 Nov – Proses undi awal bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Seri Kinabatangan hari ini berlangsung dalam keadaan tenang dan teratur sejak pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi. Pemilih yang terdiri daripada anggota tentera melaksanakan tanggungjawab masing-masing di di Sekolah Kebangsaan Kem Tentera Daerah Mengundi Taman Airport. Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Sungai Sibuga, […]

» Read more

Agenda Pembangunan Anak Muda Antara Keutamaan BN, Termasuk TVET – Arthur

PENSIANGAN, 25 Nov – Presiden PBRS yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sook Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata agenda pembangunan anak muda antara keutamaan parti. Ujar Ahli Parlimen Pensiangan itu, semua pihak perlu membina masa depan negara dan disebabkan itu, ia memerlukan satu pelaburan yang besar terhadap kepentingan golongan muda. “Dalam manifesto, saya memberi […]

» Read more

PRN Sabah: BN Konsisten Bela Rakyat, Banyak Bukti Pembangunan – Dr Asyraf Wajdi

SEPANGGAR, 25 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa Barisan Nasional (BN) sentiasa konsisten membela rakyat Sabah sejak awal pembabitan parti itu di negeri berkenaan pada tahun 1990-an. Berucap dalam sebuah program bersama pengundi di Kampung Lepasan malam tadi, beliau berkata pemimpin BN tidak pernah meninggalkan rakyat, berbeza dengan segelintir pihak yang kini melaungkan sentimen […]

» Read more
1 7 8 9 10 11 37