Suhaimi Tinjau Proses Pengundian Awal, Suasana Harmoni Di Dun Sibuga

SANDAKAN, 25 Nov – Proses undi awal bagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Seri Kinabatangan hari ini berlangsung dalam keadaan tenang dan teratur sejak pusat pengundian dibuka pada jam 8 pagi.

Pemilih yang terdiri daripada anggota tentera melaksanakan tanggungjawab masing-masing di di Sekolah Kebangsaan Kem Tentera Daerah Mengundi Taman Airport.

Calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Sungai Sibuga, Datuk Suhaimi Nasir yang turut meninjau perjalanan undi awal berkata, kehadiran anggota tentera sejak awal pagi menunjukkan komitmen tinggi mereka dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

Beliau turut memaklumkan suasana di pusat pengundian berjalan harmoni, termasuk interaksi mesra antara calon-calon daripada parti bertanding.

“Alhamdulillah, perjalanan undi awal cukup memberangsangkan. Suasananya sangat tenang dan saya sendiri bertemu calon Warisan yang turut hadir, menampakkan keharmonian antara semua parti,” katanya.

Suhaimi turut menyatakan rasa optimis selepas melihat sambutan positif pengundi ATM.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan Sabtu ini sebagai hari pembuangan undi bagi PRN Sabah.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 15 November lalu, manakala hari mengundi awal pada hari ini.

PRN Sabah diadakan bagi mengisi kekosongan sebanyak 73 kerusi DUN Sabah dan BN bertanding di 45 buah kerusi dengan menampilkan 80 peratus calon muka baharu. – UMNO ONLINE

Hashtag/Tanda Pagar/Tagar : #PolitikEraBaharu #UMNO80Tahun #UMNO