MedSos Mesti Diperkasa… Puteri UMNO Sedia Teruskan Perjuangan – Zahida

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Ketua Puteri UMNO Datuk Zahida Zarik Khan mengharapkan agar Puteri UMNO terus diperkasakan terutamanya dalam penglibatan Media Sosial (MedSos). Ini kerana katanya Puteri UMNO tidak boleh ketinggalan jauh terutamanya Medsos dan mesti tularkan terus kepada kumpulan yang dikehendaki. “Media sosial mesti diperkasakan dan kita tidak boleh ketinggalan lagi di Medsos. Kita reform yang sedia ada. […]

» Read more

UMNO Perlu Lebih Kreatif, Strategi Dan Dinamik Untuk Memenangi Hati Rakyat

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Kepimpinan UMNO perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan pengaruh khususnya di semua kawasan, kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Ikmal Hazlan Ikmal Hisham. Jelasnya, sambil menyatakan keperluan untuk parti mendekatkan diri dengan generasi muda agar tampak lebih moden, progresif, strategi dan dinamik. “Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan memberikan satu naratif […]

» Read more

Mainan Persepsi, Sentimen Sebelum Pengundian Tenggelamkan Politik Khidmat Bakti

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Wakil Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohamed Nizham Abdullah Hamidi berpandangan politik khidmat bakti yang menjadi teras kepada parti itu tidak lagi menjamin pola pengundi terhadap parti berkenaan. Sebaliknya beliau berkata sentimen dan mainan persepsi dua minggu menjelang hari pengundian akan menjadi pertimbangan oleh rakyat khususnya kalangan pengundi untuk membuat pilihan yang mana akan dipilih. “Walaupun […]

» Read more

Pertahankan Institusi Presiden Daripada Terus Dihujani Pelbagai Tohmahan – Nor Bhaiti

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Ketua Puteri UMNO Negeri Wilayah Persekutuan Nor Bhaiti Sabar berkata politik itu bukanlah perkara yang remeh dan mudah. Katanya, kedudukan sebagai pemimpin adalah amanat dan mandat dari rakyat dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berjuang mempertahankan UMNO walaupun dihujani dengan pelbagai tohmahan dan kejian. “Apa yang lagi menyedihkan apabila Presiden UMNO, Datuk […]

» Read more

Rakyat Beri Isyarat Jelas Mahukan Parti Yang Bersih, Relevan Serta Kepimpinan Berintegriti

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Wanita UMNO Selangor berpandangan bahawa rakyat telah memberi isyarat yang sangat jelas bahawa negara ini memerlukan sebuah parti yang bersih, relevan serta kepimpinan yang berintegriti stabil demi masa depan dan kemakmuran bersama. Ketua Wanita UMNO Bahagian Hulu Langat, Ruhani Kasim berkata ini adalah realistik dan UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu bangkit dan sedar untuk dilihat memikul […]

» Read more

UMNO Diseru ‘Buka Gelanggang’ Pemilihan, Tawar Semua Jawatan

KUALA LUMPUR, 12 Jan – UMNO diharapkan akan mempertandingkan semua jawatan dalam parti itu sewaktu pemilihan yang perlu diadakan selewat-lewatnya Mei ini. Ketika sesi perbahasan sewaktu Perhimpunan Agung Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO hari ini, beberapa perwakilan mahu ‘gelanggang’ pemilihan dibuka dan berpendapat pertandingan itu merupakan amalan demokrasi yang perlu diteruskan. Jurucakap Pemuda UMNO Melaka Fairul Nizam Roslan ketika melontarkan […]

» Read more

Putera UMNO Terus Dekati Golongan Seusia, Pemuda Tetap Bawa Suara Rakyat Dalam Kerajaan

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Putera UMNO akan terus mendekati dan melaksanakan kepelbagaian program yang dekat dengan golongan seusia mereka dalam usaha membantu parti agar mendapat kepercayaan golongan berkenaan. Wakil Putera UMNO, Muhammad Syazwan Sallehuddin ketika berucap membahaskan usul ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO berkata pelbagai langkah akan diambil kerana undi 18 makin hari tentunya makin bertambah. “Kita perlu serius […]

» Read more

Kaji Semula Had Umur Undi 18, Tahap Kematangan Dan Pemahaman Pilihan Raya Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Wanita UMNO Negeri Kedah hari ini berharap pemimpin parti yang berada dalam kerajaan hari ini untuk menggubal kembali had umur mengundi 18 tahun. Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerai, Datuk Norma Awang berkata ini kerana tahap kematangan dan pemahaman tentang pilihan raya golongan ini masih rendah. “Tahap kematangan dan pemahaman tentang pilihan raya, pengundian, sistem demokrasi, […]

» Read more

Raikan Perbezaan Pendapat, ‘Reset’ UMNO Bersama-sama – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 12 Jan – Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyantuni perbezaan pendapat dalam kalangan ahli parti yang berminat untuk melakukan agenda reset UMNO. Jelasnya, reset UMNO boleh dilakukan bersama-sama namun tidak seharusnya melayani perbezaan yang akhirnya memecah-belahkan parti itu. “Kita menyantuni perbezaan pendapat terutama di kalangan mereka yang berminat untuk bersama-sama dengan kepimpinan […]

» Read more

Percaya Ada Cahaya Di Hujung Terowong Buat UMNO, Fokus Depani PRN – Rahman Dahlan

  KUALA LUMPUR, 12 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berpandangan intipati Taklimat Presiden yang dilaksanakan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi simbolik kepada kebangkitan kepada parti. Katanya ini termasuk dalam melaksanakan strategi terbaik terutama untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri kelak. “Kekuatan UMNO dari nilai-nilai konservatifnya […]

» Read more
1 4 5 6 7 8 11