PAU 2022 Melabuhkan Tirai, Warna-warni Perpaduan Dicapai Kepimpinan Parti Dan Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 melabuhkan tirainya dengan warna-warni perpaduan dicapai dalam kalangan kepimpinan parti dan akar umbi.

Berakhir dengan ucapan penggulungan oleh Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beliau mengingatkan ahli parti untuk sama-sama menjaga perpaduan dalam meneruskan perjuangan parti yang telah terbina sejak awal penubuhannya.

Persidangan ini mencatatkan sejarah apabila menyaksikan kehadiran ketua penerangan bahagian, ketua penerangan Wanita dan sayap-sayap sebagai pemerhati khas.

PAU 2022 pada kali ini juga membawa menifestasi tersendiri apabila dua pindaan Perlembagaan dilaksana serentak menerusi Perhimpunan Agung Khas UMNO melibatkan pindaan ketua Penerangan sebagai perwakilan dan akta lompat parti.

Menambahkan lagi kemeriahan hampir 100 pempamer juga dibuka sepanjang PAU berlangsung dengan pelbagai produk jualan diniagakan seperti tekstil, produk kesihatan, bahan bacaan, usahawan industri kecil dan sederhana (IKS), makanan serta minuman.

Pempamer pada PAU kali ini diadakan kembali selepas tidak dilaksanakan setelah negara dilanda penularan COVID-19.

Selain daripada itu, taklimat Presiden juga diadakan kembali apabila bagi membincangkan pelbagai situasi politik semasa.

Semestinya, penganjuran PAU kali ini mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan kepimpinan serta akar umbi apatah lagi sebagai mendepani Pilihan Raya Negeri kelak di enam buah negeri.– UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.