PRN Enam Negeri: UMNO Lantik Bapa Angkat, Fokus Strategi Gerak Kerja – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Bagi memastikan fokus dan strategi gerak kerja dapat disusun dengan baik sebagai kesiapsiagaan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, UMNO melantik beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) dan menteri sebagai bapa angkat di negeri terbabit. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Timbalan Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan Datuk […]

» Read more

Usul Dua Jawatan Tertinggi Parti Tidak Dipertanding Sah Ikut Fasal Perlembagaan UMNO

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Usul tambahan di Perhimpunan Agung UMNO 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertanding pada pemilihan akan datang adalah sah mengikut perkara serta fasal dalam perlembagaan parti, kata Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “Kita merasakan bahawa tambahan usul Perkara 8 daripada usul ucapan pencadang terhadap ucapan dasar presiden itu sepenuhnya mengikuti […]

» Read more

Beri Peluang UMNO Terokai Dinamik Politik Demi Survival Masa Hadapan Parti

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap parti ini terus diberikan peluang untuk menerokai dinamik politik semasa untuk memastikan survival parti keramat ini. Katanya perkara ini menjadi keutamaan agar strategi yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti sebagai memulakan langkah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). “Itu penting jadi bagi peluang untuk kita mengurus […]

» Read more

Majoriti Perwakilan UMNO Sokong Jawatan Presiden, Timbalan Presiden Tidak Dipertandingkan

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Majoriti perwakilan UMNO yang hadir pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 di sini, menyatakan sokongan terhadap usul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti tahun ini. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata menerusi undian yang dijalankan pada 4.52 petang tadi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini, […]

» Read more

PRU15 Merupakan Kekalahan Bersama… Pandang Ke Hadapan Perkuat Parti, Hadapi PRN Mendatang

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berpendapat bahawa kekalahan UMNO/Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu adalah milik bersama. Justeru, tidak wajar sekiranya kekalahan tersebut hanya dipertanggungjawabkan ke atas beberapa individu terutamanya Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “PRU ke-15 sudah jadi sejarah. Kita kalah teruk, tersungkur dan tertiarap. […]

» Read more

UMNO Siswa Gesa Percepatkan Proses Rejuvenasi Parti, Laksanakan Sekolah Politik

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Wakil Mahasiswa Mohamad Syarul Amin Ismail berkata UMNO perlu mempercepatkan proses rejuvensinya. Katanya, UMNO Siswa percaya bahawa perkara itu perlu disegerakan dan menjadi agenda utama dalam mendepani politik bagi tahun mendatang. Jelasnya, UMNO perlu memberi kepercayaan penuh kepada golongan muda di dalam parti dan tidak boleh membebankan kepada seseorang sahaja. “Orang muda perlu menjadi enjin […]

» Read more

Ketaatan Dan Kesetiaan Perlu Menjadi Pegangan Utama Dalam Kalangan Ahli Parti

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Wakil pembahas Sabah, Ghazalie Ansing berharap ketaatan dan kesetiaan menjadi pegangan utama dalam kalangan ahli parti. Katanya ini kerana, meskipun pelbagai polemik politik yang terjadi di negeri itu namun ia tidak mematahkan semangat kepimpinan akar umbi dalam bertahan membawa perjuangan parti itu. “Kita semua harus taat kepada pemimpin dan parti kepada parti ianya perlu kita […]

» Read more

UMNO Kelantan Akan Terkubur Sekiranya Muhyiddin Jadi Perdana Menteri- Zawawi

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Wakil perbahasan negeri Kelantan, Datuk Zawawi Othman berpandangan UMNO negeri ini terkubur sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu. Katanya ini kerana Muhyiddin yang bersama Pas menerusi gabungan Perikatan Nasional (PN) telah memenangi kerusi Parlimen di negeri itu menerusi penipuan. “Kalau Muhyiddin jadi Perdana Menteri maka berkuburlah […]

» Read more

Menjadi Tanggungjawab UMNO Berjuang Pertingkat Tahap Ekonomi Orang Melayu- Zaidi

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Wakil pembahas Perak, Mohd Zaidi Aziz berkata sudah menjadi satu tanggungjawab kepada UMNO untuk berjuang mempertingkatkan tahap ekonomi orang Melayu. Katanya ini kerana kuasa politik memastikan ekosistem ekonomi yang baik menerusi penyediaan dasar yang betul sesuai dengan kepentingan ekonomi. “Namun apabila ekonomi mendapat gangguan politik sepanjang masa, pertumbuhannya akan terbantut untuk jangka panjang. “Pelabur lari […]

» Read more

Demi Masa Hadapan UMNO, ‘Post-mortem’ Mesti Jujur – Fadzli

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Wakil UMNO Pahang Fadzli Mohamad Kamal berkata perkara asas yang UMNO mesti lakukan adalah membuat ‘post-mortem’ dengan penuh kejujuran selepas peristiwa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Raub itu, ia perlu dilakukan sebelum bertindak meneroka strategi dan pendekatan terbaik bagi memastikan UMNO diterima kembali oleh rakyat khususnya orang Melayu. “Pertama, […]

» Read more
1 2 3 4 11