Beri Peluang UMNO Terokai Dinamik Politik Demi Survival Masa Hadapan Parti

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berharap parti ini terus diberikan peluang untuk menerokai dinamik politik semasa untuk memastikan survival parti keramat ini.

Katanya perkara ini menjadi keutamaan agar strategi yang dilakukan oleh pucuk pimpinan parti sebagai memulakan langkah untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

“Itu penting jadi bagi peluang untuk kita mengurus parti, mengorak langkah perlahan-lahan… kita kalah, kita bukannya menang tetapi disebabkan diberikan Allah sedikit ruang lagi untuk kita dapat bersama dalam kerajaan walaupun kita cuma menang 30 kerusi, UMNO 26, MCA dua, MIC dan PBRS satu.

“Parti yang menang banyak kerusi tidak ada rezeki untuk menubuhkan kerajaan, ini kuasa Allah jadi beri kami peluang. Parti-parti lain dalam negara ini semua sudah pernah duduk bersama cuma kita sahaja tidak pernah duduk bersama, kita lihat bagaimana bak kata Ketua pemuda walaupun kita masuk bukannya bergabung.

“Kita cuma bersama-sama dalam kerajaan dan kita yang diberikan mandat oleh parti untuk duduk dalam kerajaan akan cuba sedaya upaya kita agar prestasi kerajaan ini dipertingkatkan terutama menteri-menteri daripada UMNO, insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan pengulunggan Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Mohamad yang juga Menteri Pertahanan berkata beliau memikul tanggungjawab besar apa kawasan simpanan tetap kepada UMNO pada PRU14, PRU15 telah mengalami kekalahan kecuali di beberapa kawasan termasuk di kem-kem tentera.

Oleh itu Mohamad memaklumkan dalam mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak beliau akan berkunjung ke semua negeri termasuk ke kem-kem tentera sebagai salah satu usaha pe

“Saya bertuah kerana di kawasan saya undi daripada pihak tentera dapat begitu besar sekali majoritinya walaupun di tempat lain amat mengecewakan sekali.

“Jadi ini menjadi tanggungjawab saya untuk melihatnya ‘sakit berpunca mati bersebab’ apa punca dan sebabnya? Maka itulah keutamaan saya untuk pastikan supaya kawasan-kawasan kem tentera akan saya lawati.

“Insya-Allah enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Balik ke kawasan masing-masing bina semula tembok kita pecah, mari pungut balik batu-bata untuk bina semula benteng UMNO supaya kita bina benteng baharu dan bangunkan UMNO baharu pada PRU16,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.