UMNO Kelantan Akan Terkubur Sekiranya Muhyiddin Jadi Perdana Menteri- Zawawi

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Wakil perbahasan negeri Kelantan, Datuk Zawawi Othman berpandangan UMNO negeri ini terkubur sekiranya Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.

Katanya ini kerana Muhyiddin yang bersama Pas menerusi gabungan Perikatan Nasional (PN) telah memenangi kerusi Parlimen di negeri itu menerusi penipuan.

“Kalau Muhyiddin jadi Perdana Menteri maka berkuburlah UMNO Kelantan kerana yang pastinya kita kalah dengan 14-0 pada PRU15 sampaikan tak boleh bertanding dah pada PRU16 sebab apa?

“Sebab dia kata kerusi ini dia menang, sedangkan menang kerana menipu, menang kerana duit. Tan Sri Abdul Hadi Awang sedap kata puak kita keruh, rasuah, dia tidak?

“Pemimpin Pas ini apa yang dia buat semua betul, kita buat salah sebab dia ini adalah daripada kumpulan jahiliah.

“Kita perlu menilai keburukan pihak lawan, Pas tak pernah buat benda betul tapi dia sentiasa kata UMNO jahat, itik patah kaki, keruh, korup, rasuah tapi puak dia sedekah,” katanya menerusi ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2022.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh berkata sedangkan Pas itu sebenarnya parti rasuah dan lebih berdosa apabila menggunakan Islam sebagai perisai mereka.

“Sepatutnya kita orang Islam menjadi perisai terhadap agama kita tetapi sebaliknya Pas telah menggunakan Islam sebagai perisai.

“… kerana kumpulan jahilliah ini kalau puak mereka buat salah dia kata betul tapi kalau kumpulan lawan buat betul pula dia kata salah, Islam dipergunakan untuk menghalalkan perbuatan mereka” tegas beliau.

Zawawi dalam pada itu berkata PN telah membawa perpecahan dalam kalangan Islam/Melayu di negara ini kerana telah memberikan pelbagai tohmahan kepada UMNO yang merupakan parti Melayu terbesar di negara ini.

“…membawa kerosakkan kehulur kehilir mengatakan parti mereka bersih bersama-sama ulamak, kata kafir pada orang UMNO, kata penipu.

“Mulut merekalah yang menjahanamkan perpaduan orang Melayu dan islam, Muhyiddin kata kita penyangak yang tak tahan ada sebahagin daripada kita bersama mereka,” ujar beliau. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.