Jangan Lupa Pahitnya Kekalahan Pada PRU Lalu – Nur Farhana

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Wakil Puteri UMNO Negeri Melaka, Nur Farhana Ab Ghani berpandangan persidangan Perhimpunan Agung Puteri UMNO kali ini berlainan kerana UMNO masih lagi merasa manisnya kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka. Menurutnya, kemenangan tersebut bukan sahaja bagi negeri tersebut malah kemenangan semua pihak yang bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN). “Jangan sesekali mudah […]

» Read more

Rintihan Dan Suara Rakyat Perlu Jadi Keutamaan, Kestabilan Paksi Kejayaan

KUALA LUMPUR, 17 Mac – UMNO perlu melihat secara mendalam segala rintihan dan segala apa yang diluahkan oleh rakyat yang hari ini rata-rata cukup terkesan dalam pelbagai sektor khususnya berkaitan kehidupan semasa. Pencadang usul ucapan dasar Ketua Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim berkata hari ini dengan kenaikan harga barang ketika masing-masing mahu memulihkan serta menyesuaikan diri dengan keadaan ekonomi negara, […]

» Read more

Pilihan Raya Atau Pemilihan Parti Dahulu, Kepimpinan Disaran Bincang Sebaiknya

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Pencadang Usul Ucapan Dasar Ketua Wanita UMNO, Datuk Haryati Hamdzah berharap kepimpinan tertinggi parti dapat mengambil keputusan yang tuntas mengenai masa depan parti keramat ini. Katanya ini termasuk keputusan sama ada mahu melaksanakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU ke-15) terdahulu ataupun pemilihan parti. “Untuk pemilihan parti atau pilihan raya dibuat dulu ibarat ayam dan telur, […]

» Read more

Wanita UMNO Aktifkan ‘Mod Pilihan Raya’ Berteraskan ‘Power’ – Noraini

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Wanita UMNO kini berada dalam ‘mod pilihan raya’ dengan berbekalkan lima teras iaitu ‘Plan (rancangan); Organize (menyusun); Wellbeing (kesejahteraan), Educate (mendidik) dan Ready (bersedia) atau ‘POWER’. Ketuanya Datuk Noraini Ahmad berkata teras itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang semakin hampir dan memastikan pimpinan, jentera dan ahli parti supaya bersiap siaga pada tahap […]

» Read more

Pemuda UMNO Mahu Akta Pendanaan Politik Disegerakan – Asyraf

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Pemuda UMNO berharap kerajaan dapat menyegerakan pembentangan Akta Pendanaan Politik, bagi memastikan sumber kewangan parti dilaporkan secara telus kepada rakyat. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata melalui undang-undang itu, ia dapat memastikan tiada sebarang unsur rasuah mahupun salah guna kuasa dalam parti. Asyraf berkata agenda transformasi yang diangkat oleh Pemuda hari […]

» Read more

Pemuda UMNO Terus Pelopori Agenda Kepentingan Dan Kebajikan Rakyat – Hasmuni

KUALA LUMPUR, 17 Mac –  Pemuda UMNO terus mempelopori agenda kepentingan dan kebajikan rakyat sehingga ke hari ini meskipun pada satu ketika sejurus selepas kekalahan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu pelbagai tohmahan dilontarkan terhadap pergerakan berkenaan. Setiausahanya Datuk Hasmuni Hasan berkata Pemuda Jurubicara Rakyat dan Pemuda Bantu Rakyat bukan sahaja sekadar slogan malah ianya dibuktikan dengan kelibat anak-anak muda […]

» Read more

UMNO: Isu Pelaksanaan PRU-15 Dijangka Disentuh Dalam Ucapan Presiden

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Polemik pelantikan Menteri Besar Johor susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) dijangka antara yang akan disentuh dalam ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Persidangan Agung UMNO 2021 esok. Beliau turut memberi bayangan bahawa isu desakan dan bantahan akar umbi serta pemimpin parti itu untuk mempercepatkan pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), […]

» Read more

Kestabilan Politik Paksi Kemakmuran Negara – Norliza Noh

KUALA LUMPUR, 17 Mac – UMNO harus mengambil kira pandangan akar umbi dalam memutuskan sebarang ketetapan yang melibatkan parti dan memastikan ianya dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Penyokong usul Ucapan Dasar Ketua Puteri, Exco Pergerakan Puteri UMNO Norliza Noh berkata kestabilan politik amatlah penting bagi sesebuah negara bagi menarik dan menjamin pelaburan luar negara. Jelasnya, dengan adanya kestabilan maka pelaburan luar […]

» Read more

UMNO Perlu Lebih Inklusif, Jangan Leka Siri Kejayaan Yang Dikecapi – Perwakilan

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) merupakan detik yang ditunggu-tunggu oleh semua ahli sama ada dari akar umbi sehingga kepimpinan parti UMNO dan tidak ketinggalan juga rakyat negara ini. Malam tadi, pentas PAU ini dibuka dengan acara perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO yang disempurnakan oleh Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan manakala pada hari […]

» Read more

Pemuda, Puteri UMNO Senada PRU Dahulu Sebelum Pemilihan Parti

KUALA LUMPUR, 17 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO dan Puteri UMNO hari ini senada supaya Pilihan Raya Umum (PRU) perlu diadakan terlebih dahulu sebelum pemilihan parti dilaksanakan. Ketua Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengusulkan agar perlembagaan parti dipinda supaya pemilihan parti hanya diadakan selepas PRU. “Pemuda ingin mengusulkan kepada pimpinan tertinggi dan Perhimpunan Agung UMNO agar membuat […]

» Read more
1 3 4 5 6 7 10