PRU-15 Untuk Anak Muda… Siapa Bijak Lakari Naratif Akan Jadi Pilihan – Wakil Puteri


KUALA LUMPUR, 20 Mac – Pembahas usul dari Puteri UMNO, Norfadzlete Aryani Mat Rosli berkata Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) adalah pilihan raya yang akan melibatkan lebih ramai pengundi yang terdiri daripada golongan muda.

Justeru beliau menyeru pelbagai peringkat kepimpinan parti kembali merapatkan barisan untuk sama-sama merangka strategi dan terus bergerak ke depan dalam usaha memastikan kemenangan parti.

“PRU akan datang adalah pilihan raya anak muda. Siapa yang paling bijak melakari naratif untuk anak muda, anak muda inilah yang akan menguasai negara ini. Marilah kita kembali merapatkan barisan.

“Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Kita sama-sama pastikan PRU akan datang adalah milik Barisan Nasional (BN),” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden, Perhimpunan Agung UMNO 2021, semalam.

Dalam pada itu beliau seterusnya memohon agar lebih ramai calon-calon daripada pergerakan itu akan diketengahkan seleras dengan ucapan presiden, 30 peratus calon orang muda diletakkan bertanding dalam pilihan raya akan datang.

“Terima kasih kepada pimpinan atasan parti UMNO yang membuka peluang kepada anak-anak muda menjadi calon pada Pilihan raya Negeri Melaka dan Johor.

“Kita sudah lahirkan YB (Yang Berhomat) muda yang bijak, YB Dira Abu Zahar, di Johor kita letakkan dua calon muda Ketua Puteri UMNO bahagian, satu menang dan satu kecundang. Tahniah YB Liza cuba lagi sahabatku YB Ara,” katanya. – UMNO Online

Oleh: Azman Abas

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.