Peruntukan Besar Untuk Pembangunan Syiar Islam, Bukti Kedudukan Islam Tidak Terancam

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Peruntukan yang besar untuk pembangunan syiar Islam yang dibentangkan melalui Belanjawan 2024, Jumaat lalu membuktikan bahawa kedudukan Islam tidak terancam di bawah Kerajaan Perpaduan. Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata, bajet ini juga merupakan satu manifestasi dan pengaruh daripada UMNO yang berada dalam pentadbiran negara. “Saya nampak bajet pada kali ini […]

» Read more

SUA Terima Kunjungan Hormat Duta Turki, Kerjasama Malaysia-Turki Dan Konflik Gaza Topik Utama Perbincangan

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Bertempat di pejabatnya di Tingkat 38, Menara Dato’ Onn di sini, Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Turki HE. Emir Salim Yuksel bersama delegasi Kaunselor Pendidikan kedutaan Gönül Demirel pada Khamis petang. Menurut Dr Asyaf, dalam pertemuan itu, antara perkara-perkara yang dibincangkan dengan segera ialah konflik yang […]

» Read more

Intervensi Kerajaan Diperlukan Bagi Membangunkan Insan Muda Malaysia – Manndzri

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib menjelaskan intervensi kerajaan amat didambakan bagi mewujudkan ekosistem yang lebih baik demi membangunkan Insan Muda Malaysia (IMM) terutama di kala negara bergelut untuk bangkit pulih dari COVID-19. Jelasnya, peluang yang lebih luas perlu dicipta dan direkayasa merentasi pelbagai skop termasuk pekerjaan, kewangan, jaminan, keselamatan, industri, teknologi, akademik, dan perdagangan dalam […]

» Read more

Keakraban Dan Kerjasama Serantau Amat Penting – Azalina

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said menekankan bahawa keakraban dan kerjasama serantau amat penting. Beliau yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata demikian selepas menghadiri Perhimpunan Agung Persatuan Undang-Undang ASEAN (ALA) ke-14 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini. “Mesyuarat ini dihadiri oleh pemimpin-pemimpin […]

» Read more

UNSC, Masyarakat Antarabangsa Perlu Bersatu Kecam Tindakan Zalim Rejim Haram Israel – Wan Rosdy

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNSC) dan seluruh masyarakat antarabangsa mengecam tindakan zalim rejim haram Israel yang terus melakukan penindasan terhadap rakyat Gaza. Beliau yang juga Menteri Besar Pahang berkata kerajaan negeri akan terus bersolidariti bersama rakyat Palestin yang dizalimi rejim itu sejak 75 […]

» Read more

Usaha Pembangkang Buat Kerajaan Tebuk Atap Belum Berakhir – Puad

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menempelak kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan parti itu akan kembali ke Putrajaya. Puad mempersoal kenyataan itu dan mengatakan ianya jelas menunjukkan bahawa Pas sebagai parti yang angkuh dan tamak. “Itu cakap Timbalan Presiden PAS. Maksudnya Kerajaan Perpaduan […]

» Read more

Sistem AP Menyokong Perkembangan Automotif Negara – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan bahawa terdapat tujuan bagi lesen import atau Approve Permit (AP) dikenakan pada kenderaan bermotor import termasuklah kenderaan elektrik (EV). Menurutnya, ini adalah untuk memantau dan menyokong perkembangan automotif tempatan supaya selaras dengan hala tuju Dasar Automotif Nasional 2020 bagi menjadikan Malaysia […]

» Read more

UMNO Perlu Terus Aktif, Komited Pastikan Perjuangan Parti Kembali Kukuh – Rosnah

PAPAR, 19 Okt – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memaklumkan bahawa UMNO perlu terus aktif dengan ahli-ahlinya sentiasa komited bagi memastikan parti kembali kukuh. Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Bahagian Papar memaklumkan bahawa anggota parti di akar umbi termasuk di bahagiannya juga sentiasa memastikan setiap program yang dirancang akan dapat dilaksanakan sebaiknya bukan […]

» Read more

Kerajaan Perpaduan Akan Terus Pertahan Badan Kehakiman – PM

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan bahawa Kerajaan Perpaduan akan terus mempertahankan kebebasan badan kehakiman negara walau apa jua pun. Beliau juga menolak dakwaan bahawa cabang eksekutif mengganggu proses badan kehakiman. “Tiada sekelumit kebenaran pun dalam dakwaan keji ini, yang kini diulang-ulang di media sosial. “Biar saya ulang apa yang telah […]

» Read more

Belanjawan 2024: Pengurangan Defisit Bakal Meletakkan Kewangan Negara Dalam Keadaan Sihat – Gulam Muzaffar

KUALA LUMPUR, 19 Okt – Peningkatan cukai perkhidmatan (SST) daripada enam ke lapan peratus mampu memberikan ruang kepada kerajaan untuk mengurangkan defisit negara dan meletakkan situasi kewangan dalam keadaan sihat. Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata, kerajaan bukanlah entiti perniagaan sebaliknya sebuah entiti yang memberikan perkhidmatan kepada rakyat. “Apabila kita lihat cukai perkhidmatan dinaikkan daripada enam […]

» Read more
1 986 987 988 989 990 2,350