Tingkat Kesedaran Pemeriksaan Awal Kanser Mulut – Menteri Kesihatan

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Kesedaran mengenai pentingnya pemeriksaan dan pengesanan awal kanser mulut perlu ditingkatkan susulan 60 peratus kes kanser mulut di Malaysia lewat dikesan iaitu pada tahap tiga dan empat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata berdasarkan kajian dilakukan dalam kalangan pesakit kanser mulut di negara ini mendapati kadar kelangsungan hidup lima tahun hanyalah […]

» Read more

Naik Taraf Sistem Bekalan Air Tingkat Keyakinan Pelabur – MB Pahang

KUANTAN, 7 Nov – Peruntukan RM45 juta bagi menaik taraf sistem pembekalan air terawat ke Gebeng di sini yang diumumkan oleh Belanjawan 2021 semalam, dapat meningkatkan keyakinan pelabur untuk datang melabur di kawasan perindustrian itu. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ia melibatkan kerja menaik taraf Loji Rawatan Air (LRA) Semambu dan Rumah Pam Air Kobat […]

» Read more

Belanjawan 2021 Usaha Menyeluruh Bagi Pembangunan Sukan Berprestasi Tinggi – KBS

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memuji tindakan kerajaan yang tidak melupakan kepentingan pelaburan dalam pembangunan sukan dan persiapan atlet sukan prestasi tinggi negara. Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata Belanjawan 2021 yang dibentangkan pada Jumaat merupakan usaha menyeluruh bagi pembangunan sukan berprestasi tinggi. Melalui Belanjawan 2021, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM55 juta bagi […]

» Read more

Kerajaan Setuju Laksana Pelarasan Gaji Pegawai Perubatan Kontrak UD41 Ke UD43 – Adham Baba

KUALA LUMPUR, 7 Nov – Kerajaan bersetuju melaksanakan pelarasan gaji Pegawai Perubatan Kontrak Gred UD41 kepada aras gaji Gred UD43, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Bercakap pada sidang media selepas pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat semalam, beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) juga merancang agar petugas kontrak boleh diserap masuk ke kementerian itu selepas pelarasan gaji dilaksanakan. […]

» Read more

KeTSA Akan Optimumkan Peruntukan Belanjawan 2021 – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Peruntukkan sejumlah RM2.10 bilion dengan RM1.06 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM1.04 bilion bagi perbelanjaan pembangunan yang diberikan kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan dioptimumkan perbelajaannya, demikian menurut Menterinya, Dato Dr Shamsul Anuar Nasarah. Katanya Jika dibandingkan dengan Belanjawan 2020, perbelanjaan mengurus 2021 didapati berkurangan sebanyak RM7.7 juta (0.72%), manakala perbelanjaan pembangunan 2021 […]

» Read more

456 Individu Ingkar SOP Semalam – Ismail Sabri

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam mengeluarkan 456 kompaun atas pelbagai kesalahan ke atas individu yang ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung penularan wabak COVID-19. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kesalahan tidak memakai pelitup muka masih mencatatkan jumlah tertinggi, iaitu 143 individu. “Kesalahan lain adalah […]

» Read more

Intipati Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR, 6 Nov – Berikut ialah intipati ekonomi Belanjawan 2021 bertemakan “Teguh Kita, Menang Bersama” yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz di Parlimen hari ini. • Belanjawan 2021 dirangka berdasarkan Tiga Matlamat Induk iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelangsungan Ekonomi dan Ketahanan Ekonomi • Kerajaan bercadang menaikkan siling Kumpulan Wang COVID-19 sebanyak RM20 bilion kepada RM65 […]

» Read more

Tengku Zafrul Bawa Teks Belanjawan 2021 Untuk Pembentangan

PUTRAJAYA, 6 Nov – Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini membawa beg yang berisi teks ucapan pembentangan Belanjawan 2021 dari bangunan kementerian ke Parlimen pada 2.35 petang. Sebelum memulakan perjalanan, bacaan doa diketuai Pegawai Hal Ehwal Islam Kementerian Kewangan, Ustaz Mohamad Zukrillah, bagi mendapatkan keberkatan. Tengku Zafrul dilihat berpakaian baju Melayu lengkap bersamping diiringi Timbalan […]

» Read more

Jalan Kampung RM11.67 Juta Ganti Jalan Balak Buat Masyarakat Orang Asli

LIPIS, 6 Nov – Pembinaan jalan kampung bernilai RM11.67 juta bagi menggantikan jalan balak yang menjadi medium utama perhubungan masyarakat Orang Asli dari 14 perkampungan di Pos Betau dan Pos Lenjang di sini dijangka siap pada April 2022. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pembinaan jalan sepanjang 15.4 kilometer itu telah bermula dengan pemilikan tapak pada […]

» Read more

Sulaiman Beri Bayangan Belanjawan Melaka 2021 Bersifat Inklusif

MELAKA, 5 Nov – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali memberi bayangan Belanjawan Melaka 2021 yang akan dibentangkan sempena Persidangan Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14 Isnin ini, akan bersifat inklusif tanpa meminggirkan mana-mana golongan. Beliau berkata belanjawan tersebut akan berpaksi dan fokus kepada rakyat dengan strategi dan teras tertentu berikutan penularan pandemik COVID-19 yang […]

» Read more
1 982 983 984 985 986 1,537