Isu Palestin: Malaysia Kemuka Kenyataan Bertulis Kepada ICJ, Cadang Sertai Sesi Lisan – Zambry

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Malaysia telah mengambil bahagian dalam mengemukakan kenyataan bertulis kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi mendapatkan penasihat berhubung isu Palestin dan bercadang untuk menyertai sesi lisan pada Februari akan datang. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, isu berkaitan Palestin sebenarnya telah dibawa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengikut peruntukan Statut Rom. “Menyentuh persoalan […]

» Read more

Kebimbangan Terhadap Keanggotaan Koperasi Dalam Kalangan Orang Muda… Shahar Dapatkan Penjelasan Dalam Parlimen

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah hari ini bertanya berkenaan komitmen kerajaan bagi memperkasa koperasi di seluruh negara. Katanya ini meliputi bantuan kewangan dan juga keanggotaan baharu dalam orang muda sebagai pelapis. “Saya lihat koperasi sebagai contoh di Paya Besar yang dahulunya bagus prestasi di awal penubuhan tetapi dah masuk pertengahan sampai ke […]

» Read more

Isu Palestin: Pendirian Malaysia Jelas, Berterusan Bangkitkan Isu Berat Sebelah Negara Barat – Zambry

  KUALA LUMPUR, 26 Okt – Pendirian Malaysia jelas dalam isu Palestin dan akan berterusan membangkitkan isu berat sebelah negara barat mengenai tindakan rejim zionis Israel. Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Malaysia telah meningkatkan tahap tekanan tertinggi kepada masyarakat antarabangsa agar tidak terus menutup mata dan membenarkan kekejaman ini bermaharajalela.   “Saya percaya semenjak krisis […]

» Read more

Satukan Pemikiran, Jadikan Penyatuan Keutamaan Untuk Kekuatan UMNO – Jalaluddin

JELEBU, 26 Okt – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata ahli parti baik akar umbi mahupun pemimpin perlu satukan pemikiran dalam menghadapi apa juga cabaran. Kata Ketua UMNO Bahagian Jelebu itu, begitu juga dengan meletakkan agenda penyatuan di semua peringkat kepimpinan sebagai satu keutamaan supaya UMNO terus kukuh. “Walaupun pilihan raya lambat lagi dalam tempoh […]

» Read more

Naik Taraf Hospital Jempol Kepada Hospital Pakar Minor Untuk Manfaat Kepada Masyarakat – Shamsulkahar

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli meminta kerajaan menyatakan status berhubung cadangannya sebelum ini berhubung naik taraf Hospital Jempol Kepada Hospital Pakar Minor. Menurut beliau dalam perbahasannya sebelum ini, beliau telah mencadangkan Hospital Jempol  dinaik taraf menjadi Hospital Pakar Minor untuk kebolehcapaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan menyeluruh untuk penduduk Jempol. “Selain itu ianya […]

» Read more

Kementerian Kerja Raya Prihatin Pengguna Lebuh Raya, Utamakan Keselamatan – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sentiasa prihatin terhadap keselamatan pengguna lebuh raya dan telah mengarahkan Syarikat Konsesi Lebuhraya untuk membuat rondaan dengan lebih kerap bagi memastikan tiada objek atau halangan yang terdapat di atas lebuhraya termasuk serpihan tayar lori demi keselematan pengguna. Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dalam […]

» Read more

Parlimen: Inisiatif Bantu Pekebun Kecil Getah, Konflik Di Palestin Dibincang Hari Ini

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Inisiatif kerajaan bagi membantu pekebun kecil getah yang berhadapan cabaran harga getah rendah dan konflik di Palestin antara isu yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat pada Khamis. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Datuk Adnan Abu Hassan (BN-Kuala Pilah) meminta Menteri Perladangan dan Komoditi menyatakan langkah-langkah dan inisiatif yang sedang dan akan […]

» Read more

Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) Perlukan Perhatian Serius Kerajaan – Ir Hasni

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohammad membangkitkan beberapa persoalan berkaitan pelaksanaan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini. Berucap ketika membahaskan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini, beliau memberi penekanan kepada beberapa aspek antara lain peruntukan besar yang harus diberikan kepada pelan berkenaan serta inisiatif […]

» Read more

Felda: Shamshulkahar Cadang Pendapatan Minimum, Subsidi Baja Diberikan 30 Peratus

KUALA LUMPUR, 25 Okt – Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar Mohd Deli mencadangkan agar kerajaan melaksanakan pelarasan pendapatan minimum peneroka Felda kepada RM1,500 sebulan berbanding sebelum ini sekitar RM1,200 sebulan. Menurut beliau, pendapatan sebelum ini jauh lebih rendah daripada pelaksanaan gaji minimum RM1,500 dan sudah sampai masanya kerajaa bertindak secara proaktif . “Saya ingin fokus kepada pendapatan purata peneroka Felda […]

» Read more

Tolak Perundingan Peruntukan Ahli Parlimen Pembangkang… Mohd Puad Nasihat PN Tidak Memusuhi Kerajaan

BATU PAHAT, 25 Okt – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dengan angkuh telah menolak tawaran perundingan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai runtukan ahli parlimen pembangkang sehingga menampakkan Perikatan Nasional (PN) begitu memusuhi kerajaan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah menggesa kerajaan berlaku adil […]

» Read more
1 981 982 983 984 985 2,350