Penilaian Semula Kadar Bantuan Dilaksanakan Secara Berterusan – Noraini

KUALA LUMPUR, 29 Feb – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Dr. Noraini Binti Ahmad berkata penilaian semula mengenai kadar-kadar bantuan dilaksanakan secara berterusan.

Menurut beliau Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan bantuan kewangan kebajikan untuk meringankan beban kumpulan sasar buat sementara waktu sehingga mereka mampu hidup berdikari.

“Bantuan kebajikan yang diberikan ini juga bertujuan untuk membantu kelangsungan hidup kumpulan sasar. Semasa pembentangan Belanjawan Tahun 2021, Kerajaan telah menaikkan kadar bantuan yang melibatkan skim berkaitan Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas (WE) dan kanak-kanak.

“Kenaikan kadar skim bantuan kebajikan adalah seperti berikut. Bantuan Kanak-Kanak (BKK) daripada RM100.00 kepada RM150.00 atau RM200.00 bagi seorang kanak-kanak dengan kadar maksimum RM1,000.00 sebulan satu (1) keluarga, bantuan Penjagaan OKU atau Pesakit Kronik Terlantar (BPT) daripada RM350.00 kepada maksimum RM500.00 mengikut keperluan kes.

“Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) daripada RM250.00 kepada RM300.00. Elaun Pekerja OKU (EPOKU) daripada RM400.00 kepada RM 450.00; dan bBantuan Warga Emas (BWE) daripada RM350.00 kepada RM 500.00,” katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Tambah beliau sepanjang tahun 2023 seramai 438,517  mendapat manfaat darpada skim bantuan ini dan selain daripada kenaikan kadar bantuan, KPWKM juga telah menilai semula kadar kelayakan permohonan.

“Pada tahun 2021, penetapan hak kelayakan pendapatan baharu bagi Bantuan Elaun Orang Kurang Upaya (EPOKU) telah dinaikkan dari RM1,200.00 kepada pendapatan bulanan RM1,500.00 dan ke bawah.

“Kenaikan syarat ini telah memberi peluang dan galakan kepada OKU untuk terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

“JKM telah menggunapakai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)  baharu yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2024. Mulai tahun ini, syarat asas kelayakan pemohonan bantuan JKM telah dinaikkan kepada PGK 2022 RM1,198,” ujarnya. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.