Jalan Tongod-Keningau Rancakkan Pembangunan Tongod

TONGOD, 28 Mei – Tongod, sebuah daerah pedalaman di Sabah akan memiliki satu lagi jalan alternatif ke pantai barat Sabah sekali gus dapat merancakkan pembangunan ekonomi masyarakat di daerah itu. Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata jalan raya sepanjang 40km bernilai RM320 juta itu yang dijangka siap awal 2024 akan menghubungkan Kampung Linayukan dekat sini dengan […]

» Read more

Sidang Khas ASEAN-Jepun Bincang Isu Serantau, Antarabangsa Dengan Mendalam

TOKYO, 28 Mei – Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Sidang Kemuncak Jepun-ASEAN khas akan diadakan bagi membincangkan dengan mendalam isu serantau dan antarabangsa. Katanya beliau mencadangkan sidang khas itu kepada Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida dalam pertemuan mereka di Tokyo pada Jumaat, bahawa Jepun perlu membuat libat urus bukan dengan Malaysia sahaja, tetapi ASEAN, dan Kishida […]

» Read more

PSSC Rancang Kemuka Hala Tuju Komprehensif Sistem Keadilan Kanak-Kanak

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Jawatankuasa Pilihan Khas Hal Ehwal Wanita Dan Kanak-Kanak Dan Pembangunan Sosial (PSCC) Parlimen merancang untuk mengemukakan satu set cadangan atau hala tuju komprehensif mengenai mangsa dan saksi kanak-kanak dalam sistem keadilan. Pengerusinya Datuk Seri Azalina Othman Said menjelaskan saranan tersebut adalah hasil daripada lawatan empat hari jawatankuasa itu ke London yang berakhir Khamis (26 Mei) […]

» Read more

KUSKOP Cadang Koperasi Sekolah Naik Taraf Sebagai Coopmart

TANJONG KARANG, 28 Mei – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan mencadangkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menaik taraf koperasi sekolah kepada Coopmart bagi membolehkan barangan di situ dijual kepada orang awam. Menterinya Tan Sri Noh Omar berkata bagi langkah pertama pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan KPM mengenai peraturan dan kedudukan bersesuaian koperasi berkenaan. “Kita akan bincang dengan […]

» Read more

Hampir 300,000 Premis Di Kedah Dapat Akses Capaian Gentian Optik

zahidi

SUNGAI PETANI, 28 Mei – Sebanyak 298,746 premis di negeri ini telah mendapat akses kepada capaian gentian optik yang dilaksanakan di bawah fasa pertama Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA). Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata setakat suku pertama tahun ini kelajuan purata jalur lebar mudah alih di Kedah pula telah meningkat kepada 34.65 megabit per saat […]

» Read more

Bekas Anggota ATM Tinggal Dalam Kereta Volvo Dapat Perhatian PM

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Nasib pesara tentera yang dikatakan tinggal di dalam sebuah kereta sejak kira-kira 20 tahun lalu, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri yang diwakili Setiausaha Politiknya Datuk Syed Mohd Fazmi Sayid Mohammad melawat bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia Mohd Redzuan Abdullah, 60, di belakang bangunan kedai serbaneka di Taman Sungai Besi […]

» Read more

Agihan Tablet Peranti Siswa Dijangka Bermula Julai – Annuar

KOTA BHARU, 28 Mei – Agihan tablet kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dari golongan B40 melalui inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia dijangka bermula Julai ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata permohonan yang dibuka secara dalam talian sejak 15 April hingga 15 Mei leepas bagi fasa pertama itu telah menerima kira-kira […]

» Read more

HFMD: 105 Tabika, 75 Taska Kendalian Kemas Ditutup

KUANTAN, 28 Mei – Sebanyak 180 premis pendidikan awal dan pusat jagaan kanak-kanak kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) ditutup akibat jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) setakat semalam, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau berkata daripada jumlah itu, 105 premis ialah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) manakala bakinya ialah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang terletak di […]

» Read more

Malaysia, Jepun Setuju Hubungan Dinaik Taraf Lebih Komprensif

TOKYO, 28 Mei – Malaysia dan Jepun bersetuju supaya hubungan dua hala dinaikkan taraf ke peringkat yang lebih komprehensif, dan Dasar Pandang ke Timur (DPT) diteruskan dengan membina kerjasama baharu seperti dalam bidang tenaga, bandar pintar, alam sekitar dan perubahan iklim. Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika bertemu Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida di Tokyo pada Jumaat, […]

» Read more

32.5 Peratus Kanak-Kanak Di Malaysia Lengkap Vaksinasi COVID-19

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Sebanyak 1,152,515 atau 32.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Menurut laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 1,701,913 atau 48 peratus daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, […]

» Read more
1 982 983 984 985 986 1,966