PAU 2021 Akan Lebih Rancak, Sama-Samalah Muhasabah Untuk Masa Depan – Mohd Zaidi

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang akan bermula hari ini dengan perasmian serentak perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dilihat mempunyai makna yang cukup mendalam kepada seluruh ahli serta penyokong parti itu di seluruh negara. Pemangku Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Mohd Zaidi Aziz berkata apatah lagi perhimpunan kali ini yang tidak diadakan secara hibrid […]

» Read more

Hasni Arkitek Kebangkitan Johor, Harapan Rakyat Onn Hafiz Teruskan Kegemilangan – Shahril

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Meskipun tidak lagi menjadi Menteri Besar Johor, tiada yang mampu menafikan Datuk’ Hasni Mohammad wajar diiktiraf sebagai arkitek kebangkitan Johor dan UMNO serta Barisan Nasional (BN) Johor. Kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia Shahril Hamdan, tentunya bukan calang-calang orang mampu memimpin BN dan UMNO negeri yang terdiri daripada ramai tokoh hebat serta dalam suasana politik mencabar. […]

» Read more

Ahmad Zahid Ucap Takziah Kepada Tuan Ibrahim Atas Pemergian Ibu

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di atas pemergiaan ibunda tercinta, Nik Hasanah Nik Mat. “Semoga seluruh keluarga beliau tabah mengharungi kehilangan tersebut dan sesungguhnya saya memahami perasaan mereka ketika ini. “Saya berdoa semoga roh Almarhumah diampuni, dirahmati, dikasihi dan ditempatkan […]

» Read more

Perhimpunan Agung UMNO Simbolik Depani Cabaran, Perkasa Parti Demi Masa Hadapan

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 diharap dapat mencapai matlamat khususnya dalam mendepani masa depan parti yang lebik baik. Bagi Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Rembau, Shukri Samsudin beliau mahu ketetapan yang jelas dapat dicapai pada PAU kali ini. Katanya, agenda ini penting untuk dicapai terutama sebagai persedian kepada parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 […]

» Read more

Kerajaan Selangor Dicadang Angkat Semula Projek Terusan, Atasi Masalah Banjir

SHAH ALAM, 15 Mac – Pembangkang di Selangor mencadangkan agar kerajaan negeri mengangkat semula projek Bandar Terusan, yang sepatutnya dilaksana pada akhir 2007 bagi mengatasi masalah banjir di negeri ini. Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Datuk Rizam Ismail (BN-Sungai Air Tawar) berkata projek berkenaan adalah pembinaan satu terusan besar sepanjang 17 kilometer yang menghubungkan dua tasik di Daerah […]

» Read more

Skim Pembiayaan Kenderaan Komersial Diperkenal April Ini Untuk Bantu Usahawan

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Bank Rakyat akan memperkenalkan Skim Pembiayaan Kenderaan Komersial selewat-lewatnya pada April ini, bagi membantu usahawan sektor pengangkutan yang terjejas akibat pandemik COVID-19, membeli kenderaan baharu untuk tujuan kegiatan ekonomi. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berkata pembiayaan menerusi perjanjian sewa beli itu, akan membantu golongan tersebut bersedia menghadapi pembukaan sempadan negara susulan […]

» Read more

Onn Hafiz Hargai Pengorbanan Hasni, Sedia Mohon Khidmat Gabung Pengalaman, Tenaga, Idealisme

JOHOR BAHRU, 15 Mac – Menteri Besar Johor yang baharu Datuk Onn Hafiz Ghazi menyifatkan pengorbanan Datuk Hasni Mohammad memberi ruang kepada orang muda memimpin negeri ini membuktikan betapa besar hati dan jiwa negarawan beliau. Onn Hafiz, 43, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap berkata pengorbanan Hasni juga menunjukkan beliau meyakini peranan dan kemampuan orang muda dalam mengemudi Johor. “Insya-Allah, […]

» Read more

Kepimpinan Baharu Negeri Akan Buat Johor Lebih Makmur, Sejahtera – Hasni

JOHOR BAHRU, 15 Mac – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor Datuk Hasni Mohammad merakamkan ucapan tahniah kepada Datuk Onn Hafiz Ghazi, yang dilantik menjadi Menteri Besar Johor ke-19 sambil menyatakan tiada apa yang lebih penting dari Johor Darul Takzim. Beliau yakin kepimpinan baharu negeri Johor di bawah Onn Hafiz, akan membuatkan negeri itu lebih makmur dan sejahtera. “Seperti yang saya […]

» Read more

ADUN Machap, Onn Hafiz Angkat Sumpah Menteri Besar Johor Ke-19

JOHOR BAHRU, 15 Mac – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-19 susulan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Sabtu lepas. Beliau yang bersongkok, berbaju Melayu Teluk Belanga berwarna hitam serta lengkap bersampin mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di […]

» Read more

Lagi Tular Surat Palsu Guna Logo UMNO, Nama Zahid

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Hari ini tular dalam media sosial surat yang palsu menyatakan bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob untuk membubarkan Parlimen dalam tempoh yang segera. Surat bertarikh hari ini yang memaparkan logo UMNO tersebar dalam media sosial dengan ditandatangani oleh Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Sebelum […]

» Read more
1 960 961 962 963 964 1,901