Ahmad Zahid Ucap Takziah Kepada Tuan Ibrahim Atas Pemergian Ibu

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan takziah kepada Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man di atas pemergiaan ibunda tercinta, Nik Hasanah Nik Mat.

“Semoga seluruh keluarga beliau tabah mengharungi kehilangan tersebut dan sesungguhnya saya memahami perasaan mereka ketika ini.

“Saya berdoa semoga roh Almarhumah diampuni, dirahmati, dikasihi dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman,” katanya di Facebook malam tadi.

Terdahulu Tuan Ibrahim memaklumkan berita tersebut di laman Facebook beliau.

Difahamkan Nik Hasanah, 81, yang merupakan adik kepada Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, kembali ke rahmatullah di rumahnya sekitar pukul 6.30 petang semalam di kampung Batu Balai, Jerantut, Pahang akibat uzur.

Jenazah dijangka disembahyangkan di Masjid Batu Balai, Jerantut, Pahang pada 10 pagi ini dan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Batu Balai. – UMNO ONLINE

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.