Zahid Serah Kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Ambil Langkah Pencerahan Isu DNAA

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi berhubung langkah yang akan diambil jawatankuasa itu ke arah pencerahan berhubung isu keputusan mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) beliau daripada pertuduhan di mahkamah. Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi […]

» Read more

Tubuh Jawatankuasa Pemantau, Elak Skandal Rasuah Di Jabatan Air Sabah Berulang – Jeffrey Nor

KOTA KINABALU, 13 Sept – Kerajaan perlu menubuhkan jawatankuasa pemantau bagi memastikan peruntukan tambahan RM800 juta dapat menyelesaikan isu bekalan air di negeri Sabah. Ketua Bahagian UMNO Putatan, Jeffrey Nor Mohamed berkata, rakyat di Sabah sudah lama mengalami pelbagai trauma berikutan beberapa kejadian di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) membabitkan skandal rasuah bernilai jutaan ringgit pada 2016 lalu. Katanya, akibat […]

» Read more

Pahang Komited Untuk Keluarkan Lebih Banyak Produk Makanan Halal

KUANTAN, 13 Sept – Pahang akan melipat gandakan usaha bagi memastikan lebih ramai usahawan di negeri ini memiliki pensijilan halal dan mengeluarkan lebih banyak produk makanan halal bukan sahaja bagi pasaran tempatan bahkan untuk dieksport ke luar negara. Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ini disebabkan permintaan yang tinggi terhadap produk makanan halal dalam kalangan pengguna di […]

» Read more

Himpunan Selamatkan Malaysia Tidak Wajar Dibenarkan Diadakan Di Tempat Awam Dan Terbuka – Imran Tamrin

  KUALA LUMPUR, 13 Sept – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin menggesa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar tidak memberi kebenaran untuk penganjuran ‘Himpunan Selamatkan Malaysia’ yang dirancang akan berlangsung di hadapan sebuah pusat beli belah, di sini, pada Sabtu. Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau berkata himpunan berunsur provokasi seperti ini tidak wajar diadakan […]

» Read more

RMK12: Subsidi Pukal Kepada Bersasar Perlu Dilihat Secara Menyeluruh – Shahar

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah berharap kerajaan meneliti secara menyeluruh berhubung subsidi bersasar agar pelaksanannya kelak tidak membebankan pelbagai pihak dalam usaha menstruktur ekonomi negara. Berucap pada sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), di Parlimen semalam, beliau seterusnya menambah walaupun hasrat pelaksanaanya cukup baik, namun segala kerunsingan termasuklah […]

» Read more

Persinggahan Di KM 0 Lebuhraya Pan Borneo, Telok Melano Lengkapkan Kembara Agong, Permaisuri

KUCHING, 13 Sept – Kilometer 0 atau disebut sebagai Kilometer Kosong Lebuhraya Pan Borneo di Telok Melano menjadi persinggahan terakhir Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bagi menamatkan Kembara Kenali Borneo yang berlangsung selama 11 hari. Terletak kira-kira 33 kilometer (km) dari pekan Sematan, jajaran Telok Melano-Sematan merupakan […]

» Read more

Kembara Kenali Borneo Suburkan Lagi Semangat Perpaduan Rakyat- Abang Johari

KUCHING, 13 Sept – Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata usaha Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mendekati rakyat dalam Kembara Kenali Borneo telah menyuburkan lagi semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. “Sesungguhnya keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua untuk menjayakan kembara merentasi Pulau Borneo ini menzahirkan […]

» Read more

Kembara Kenali Borneo Kesempatan Agong Bina Jambatan Silaturahim

KUCHING, 12 Sept – Kembara Kenali Borneo yang diilhamkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi peluang untuk Seri Paduka Baginda membina jambatan silaturahim antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Al-Sultan Abdullah bertitah kembara itu diilhamkan semata-mata untuk mengenali rakyat di Sabah dan Sarawak secara lebih dekat lagi dengan mengambil pendekatan mendampingi dan menyantuni rakyat. “(Kembara ini […]

» Read more

Kerajaan Diminta Tumpukan Pembangunan Infrastruktur Di Sabah Dan Sarawak

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Kerajaan diminta memberi tumpuan kepada pembangunan di Sabah yang masih dibelenggu tiga masalah asas utama meliputi akses jalan raya, bekalan air bersih dan bekalan elektrik. Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata masih terdapat kawasan di Sabah yang jalannya masih tidak berturap selain banyak kampung-kampung yang masih tiada bekalan elektrik dan air bersih. “Sebab itu […]

» Read more

Sultan Selangor Gesa Hentikan Perbuatan Keluarkan Fatwa Secara Tidak Bertanggungjawab

SHAH ALAM, 12 Sept – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah agar rakyat khususnya pemimpin politik, segera memberhentikan perbuatan mengeluarkan fatwa secara tidak bertanggungjawab demi memelihara perpaduan rakyat di negara ini. Sultan Selangor bertitah ini kerana, baginda tidak sanggup melihat rakyat berpecah-belah oleh tindak-tanduk sesetengah pemimpin politik yang tidak bertanggung-jawab, dan ingatan baginda ini tidak bermaksud menyebelahi […]

» Read more
1 940 941 942 943 944 2,271