Saya Tidak Guna Sumbangan Politik RM6 Juta Untuk Kepentingan Peribadi – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini beliau tidak pernah menggunakan wang RM6 juta yang didakwa sumbangan politik daripada Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group Berhad (DGB) Chew Ben Ben untuk kepentingan peribadinya. Ahmad Zahid, 69, berkata beliau sama sekali tidak pernah memasukkan wang yang diterima dalam bentuk dua keping […]

» Read more

Terus Bergerak Ke Depan, Suara Akar Umbi Tunjang UMNO – Sharkar

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Persidangan UMNO Cawangan, Wanita, Pemuda dan Puteri di seluruh negara yang  bermula 15 Ogos lalu terus bersemarak di merata tempat. Rata-rata UMNO bahagian mengambil kesempatan pada hari minggu untuk mengadakan majlis perasmian yang diadakan secara  berkelompok. Sabtu lalu, UMNO bahagian Temerloh turut mengadakan perasmian berkelompok  yang disempurnakan Ketua bahagian, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin. Beliau […]

» Read more

Kerajaan PH Selangor Gagal, Masalah Banjir Kilat Berulang Lagi

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Peruntukan RM150 juta bagi Mitigasi Banjir oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dilihat gagal apabila Shah Alam dan kawasan sekitar sekali lagi berhadapan dengan situasi banjir pada 20 Ogos yang lalu. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Mohd Dendera Billah Zamzuri berkata, setelah tiga bulan inisiatif tersebut diumumkan, banjir kilat masih lagi berlaku dan […]

» Read more

Bukan Masa ‘Honeymoon’ Lagi, BN Perlu Menang PRU15 – Ab Rauf

AYER KEROH, 22 Ogos – Sudah hampir satu tahun Barisan Nasional (BN) mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan Negeri Melaka yang dilaksana melalui mandat rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh. Sehubungan itu katanya, ini bukan lagi masa untuk bersuka ria dan BN Melaka perlu bersama-sama kepimpinan pusat bagi memastikan […]

» Read more

Tekadkan Terus Bersama UMNO/BN, Tolak Fitnah Robekkan Negara – Tengku Adnan

PUTRAJAYA, 22 Ogos – Tindakan pihak tertentu khususnya pembangkang ketika ini yang kembali memburukkan UMNO/Barisan Nasional (BN) adalah untuk mengelirukan rakyat sebagaimana yang pernah mereka lakukan ketika menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu. Demikian tegas Bendahari UMNO merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Selaras dengan itu beliau mengingatkan rakyat khususnya pengundi untuk waspada agar […]

» Read more

Mesyuarat Exco Perak Tidak Bantah Cadangan Bina Landasan Kereta Api Kargo – Saarani

TAIPING, 21 Ogos – Mesyuarat exco kerajaan negeri sebulat suara tidak membantah cadangan projek pembinaan landasan kereta api kargo dari Kanthan, Chemor ke Pelabuhan Lumut oleh sebuah syarikat swasta tempatan, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Katanya, bagaimanapun, projek menerusi inisiatif pembiayaan swasta (PFI) itu belum diluluskan lagi walaupun kesemua anggota exco kerajaan negeri secara dasarnya telah menyatakan […]

» Read more

MPHTJ, MBMB Diiktiraf Bandar Berdaya Huni Tahap Tertinggi 2021

MELAKA, 21 Ogos – Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) diiktiraf sebagai Bandar Berdaya Huni Tahap Tertinggi 2021. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata menerusi penganugerahan sempena pelancaran Indeks Daya Huni Malaysia 2022 (iDAM) yang diadakan di Putrajaya pada Khamis lepas, MPHJT menduduki tempat keempat manakala MBMB berada pada kedudukan kelapan. […]

» Read more

PRU15: BN Optimis Menang Di Kedah – Mahdzir Khalid

KUALA NERANG, 21 Ogos – Barisan Nasional (BN) dan UMNO optimis boleh memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Kedah sekali gus dapat merampas semula negeri itu pada pilihan raya umum berkenaan. Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keyakinan itu, berdasarkan laporan yang diterima pihaknya mengenai sokongan rakyat di Kedah kepada BN, pada masa ini. “Kita mempunyai keyakinan […]

» Read more

Kerajaan Pandang Serius Isu Pembangunan Di P.Pinang – Reezal Merican

KEPALA BATAS, 21 Ogos – Kerajaan Persekutuan memandang serius isu pembangunan di Pulau Pinang khususnya pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang telah menerima peruntukan RM9.7 bilion. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata dengan peruntukan tersebut, pihak kerajaan berharap melihat pembangunan di Pulau Pinang berjalan lancar. “Hari ini pihak kami meninjau kemajuan […]

» Read more

Semua Negeri Siap Siaga Hadapi PRU – Mohamad Hasan

AYER KEROH, 21 Ogos – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berpandangan 10 negeri yang dilawatinya telah siap siaga bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15  (PRU-15). Menurut Timbalan Presiden UMNO, walaupun Melaka baharu selesai Pilihan Raya Negeri (PRN) namun persiapan jentera harus dipertingkatkan lagi. “Saya melihat kesemua negeri yang dilawatinya telah bersiap siaga dan perkara-perkara yang lain […]

» Read more
1 853 854 855 856 857 1,900