Dakwaan Ismail Sabri Ditekan Adalah Cubaan Pecah Belahkan Kepimpinan UMNO

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ditekan dalam Mesyuarat Biro Politik UMNO pada Rabu lalu adalah cubaan untuk memecahbelahkan kepimpinan UMNO. Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ada pihak luar sengaja mengambil kesempatan menggunakan perkembangan terbaru dalam parti itu untuk meraih kelebihan politik dengan mensasarkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Tak ada, […]

» Read more

Laporan Ada Kata Dua Palsu Sama Sekali, Agenda Pecah Belahkan UMNO – Shahril Hamdan

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menegaskan bahawa laporan-laporan media mengatakan ada kata dua, ada ‘ultimatum’ dan sebagainya adalah palsu sama sekali. Malah bidasnya laporan berasaskan ‘sumber’ semata-mata mensensasikan cerita tidak sepatutnya dijadikan asas untuk melapor berita. “Butiran perbincangan dalam mesyuarat ialah rahsia. Sebagai pemegang jawatan, kami tidak boleh membocorkan butiran semata-mata mahu menjadi ‘reporter’. “Tetapi […]

» Read more

Kejayaan Di PRN Johor Bukti UMNO/BN Berupaya Tadbir Negara – Hasni

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Kejayaan UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) menggambarkan bahawa parti itu sesungguhnya mempunyai keupayaan untuk mentadbir negeri dan juga negara. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Seri Hasni Mohamad berkata, untuk itu parti serta ahli politik perlu memahami bahawa sebenarnya rakyat sudah penat kerana terlalu banyak drama ‘politiking’. “Untuk itu, perlu untuk […]

» Read more

BN Terus Berkhidmat… Tolak Mainan Persepsi, Manipulasi Beri Imej Negatif – Khairin Nisa

KUALA LUMUR, 26 Ogos – Manipulasi serta mainan persepsi adalah antara senjata parti pembangkang yang sentiasa berusaha untuk memberikan imej negatif terhadap Barisan Nasional (BN) yang sememangnya diketahui umum bukan sahaja berpengalaman malah sentiasa faham kehendak masyarakat. Justeru tidak pelik jika sekiranya kaedah sedemikian akan digunakan sekali lagi pada Pilihan Raya Umum (PRU) nanti dan inilah yang seharusnya diketahui dan […]

» Read more

Kes Najib: Peguam Ambil Alih Kes Itu Perkara Biasa – Adnan Seman

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Pengamal Undang-Undang, Datuk Adnan Seman berpendapat, sebenarnya adalah menjadi amalan biasa peguam-peguam hadir ke mahkamah bagi mengambil alih kes atas arahan klien mereka. Sehubungan itu, beliau berkata tindakan Presiden Majlis Peguam, Salim Bashir mengeluarkan kenyataan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap peguam Hisyam Teh Poh Teik kerana tidak bersedia menjalankan perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk […]

» Read more

Kes Azeez Rahim Tangguh Bukan Hanya Kerana Sakit Tapi Timbalan Pendakwa Raya Pun COVID-19

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Peguam kepada Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Amer Hamzah Arshad memaklumkan bahawa keputusan permohonan bagi bekas Pengerusi Tabung Haji itu di mahkamah hari ini tertangguh bukanlah semata-mata kerana tahap kesihatan Abdul Azeez tetapi juga adalah membabitkan keuzuran daripada Timbalan Pendakwa Raya. Katanya, anak guamnya kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berikutan acute […]

» Read more

Taklimat Khas Presiden UMNO Esok, Semua Dijemput Hadir

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Satu Taklimat Khas oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan diadakan esok, Sabtu 27 Ogos. Taklimat tersebut dijadualkan akan bermula pada jam 2.00 petang di Dewan Mereka dan Dewan Tun Razak 4, Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (WTCKL). Menerusi taklimat tersebut, antara yang bakal disentuh ialah berkaitan isu-isu semasa khususnya yang membabitkan […]

» Read more

PPBM Main Wayang, Tiada Kekuatan Akar Umbi… Tiru Cara UMNO Dekati Rakyat

KUALA LUMPUR, 26 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Dr Abd Rahman Bakri berpandangan UMNO mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Katanya, ini kerana parti pesaing lain antaranya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bukan sebuah parti kukuh apatah lagi tidak mempunyai kekuatan akar umbi yang bersepadu seperti UMNO terutama di Selangor. “Kalau […]

» Read more

Politik Khidmat Bakti UMNO/BN Berterusan Demi Rakyat – Mohd Nizar

  IPOH, 25 Ogos – Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria memaklumkan bahawa UMNO/Barisan Nasional (BN) sentiasa konsisten dalam menjalankan politik khidmat bakti kepada rakyat bagi memastikan agenda dokongan tersebut dilaksana berterusan. Katanya, mengambil kira daripada itu pelbagai pembangunan juga telah dilaksana berdasarkan keadaan setempat dalam memudahkan rakyat untuk menjalani kehidupan seharian. “Kita menangani isu-isu yang berlaku itu […]

» Read more

Rakyat Boleh Buat Perbandingan Parti Selain BN Terajui Negeri, Negara

JOHOR BAHRU, 25 Ogos – Ahli Dewan Undangan (ADUN) Parit Yaani, Datuk Mohd Najib Samuri berpandangan rakyat bukan sahaja dapat membuat perbandingan antara parti-parti yang menerajui negeri mahupun kerajaan pusat selepas Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, malah mungkin tidak akan membuat percubaan kali kedua dalam mengundi. Mengambil contoh bagaimana Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini, beliau yang juga Ketua […]

» Read more
1 848 849 850 851 852 1,898