Adil Atau Tidak… SUA Buka Sesi Taklimat Khas Presiden UMNO

 

KUALA LUMPUR, 27 Ogos – Sesi Taklimat Khas Presiden UMNO yang berlangsung hari ini dibuka dengan ucapan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan yang menaikkan semangat hadirin dalam bersolidariti.

Beliau yang juga bertindak sebagai pemudahcara dalam taklimat terbabit menimbulkan persoalan adil atau tidak berkaitan perbicaraan di mahkamah yang berakhir Selasa lalu dengan hukuman penjara.

Dalam hal ini beliau membandingkan dengan beberapa kes mahkamah melibatkan kepimpinan pembangkang termasuk 15 kes yang digugurkan ketika kepimpinan Pakatan Harapan (PH).

“Datuk Seri Najib bukan minta kesnya digugurkan tapi minta diadili sebaiknya,” katanya.

Dalam masa yang sama, beliau menyorot bagaimana kepimpinan Najib yang telah menaikkan ekonomi negara.

“Saiz ekonomi naik berganda dari 700 bilion kepada 1.4 trilion. Aset khazanah naik empat kali ganda, aset Tabung Haji (TH) tiga kali ganda. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) naik tiga kali ganda yang kemudiannya semua ini dijarah zaman PH.

“Rezab Petronas naik enam kali ganda dan Datuk Seri Najib naikkan jumlah kekayaan negara.
“Apa yang Datuk Seri Najib dah buat buat untuk rakyat… beliau wujudkan BR1M, PR1MA, mansuh yuran sekolah, bantuan nelayan dan macam-macam lagi,” katanya.

Sebelum mengakhiri ucapannya, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian menekankan berkaitan perpaduan, kestabilan dan kemakmuran.

“Perpaduan, kestabilan dan kemakmuran amat penting dalam negara dan ia boleh diperoleh dengan Barisan Nasional (BN) maka undilah BN.

“Ianya boleh dilaksanakan tentunya boleh dalam pilihan raya,” katanya lagi.

Terdahulu pada Selasa keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun sekiranya gagal membayar denda ke atas perdana menteri keenam Datuk Seri Najib Razak sekali gus menyaksikan gagal dalam rayuan akhir di peringkat tertinggi setelah empat tahun kes itu berlangsung.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.