Tengku Zafrul Bertemu JACTIM, MCMTC, Pastikan Malaysia Kekal Destinasi Pelaburan Utama

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang baru dilantik, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengadakan pertemuan dengan delegasi Dewan Perdagangan dan Industri Jepun, Malaysia (JACTIM) serta Konsortium Syarikat Pertengahan Malaysia (MCMTC) pada Sabtu. Beliau berkata ia bertujuan memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan utama di Asia Tenggara dan berdaya saing untuk menyokong rantaian bekalan serantau […]

» Read more

Ini Adalah Satu Amanah Sebagai Timbalan Menteri – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakam penghargaan kepada pimpinan Barisan Nasional (BN) yang telah ditaklifkan sebagai Timbalan Menteri. Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN mengatakan ini adalah satu amanah apabila dilantik dalam Kerajaan Perpaduan. “Tahniah diucapkan kepada para pemimpin Barisan Nasional (BN) yang telah ditaklifkan amanah sebagai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan. […]

» Read more

Satu Amanah Yang Berat… Demi Agama, Rakyat, Bangsa Dan Negara – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR,10 Dis – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata perlantikan sebagai Timbalan Menteri Kewangan adalah satu tanggungjawab serta amanah yang berat. Menerusi hantaran di laman Facebook dan Twitternya, beliau turut menjelaskan bahawa ini adalah satu amanah yang besar dan mesti ditunaikan. “Saya dengan rendah diri menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakan-rakan seperjuangan dalam politik ini dan terima kasih […]

» Read more

Semoga Kerajaan Perpaduan Beri Manfaat Kepada Rakyat – Norshida

KUALA LUMPUR, 10 Dis – Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim berharap agar keputusan Barisan Nasional (BN) untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan (PH) akan memberikan manfaat kepada rakyat khususnya pengundi UMNO/BN. Jelasnya, meskipun BN hanya memperoleh sebanyak 30 kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 yang lalu, parti itu menjadi penentu kepada pembentukan Kerajaan Perpaduan hari ini. […]

» Read more

Pemimpin UMNO Dilantik Ke Kabinet Berpengalaman, Mampu Berperanan Dalam Kerajaan Perpaduan

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Pengerusi Veteran UMNO Malaysia, Datuk Othman Desa percaya dengan kebolehan pemimpin parti yang telah dilantik menganggotai Kabinet Kerajaan Perpaduan. Katanya ini kerana, sebahagian besar daripada mereka memiliki pengalaman sama ada di peringkat Persekutuan dan negeri. “Pemimpin kita memang ada pengalaman dalam mentadbir, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sendiri pernah jadi Timbalan Perdana Menteri, termasuk […]

» Read more

Senarai Timbalan Menteri Diumum Malam Ini – PM

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan senarai nama timbalan menteri pada malam ini. Anwar berkata beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada petang ini bagi mempersembahkan senarai nama berkenaan. “Saya akan menghadap Yang di-Pertuan Tuanku (Agong) pada petang ini dan Insya-Allah pada 8.15 malam kita umumkan nama-nama […]

» Read more

‘Sebelum Rumah Kita Terbakar, Perlu Keluarkan Api Dalam Sekam Ini’ – Isham

KUALA LUMPUR, 7 Dis – “Sebelum rumah kita terbakar, kita perlu keluarkan api dalam sekam ini. Demikian kiasan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil sebagai memberi respon kepada bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang berkongsi berkenaan ‘mimpi’ dialami dirinya di hantaran Facebooknya, hari ini. Isham berkata tindakan mengeluarkan api dalam sekam itu perlu dilakukan bagi memastikan ‘rumah […]

» Read more

Ahmad Zahid Tegaskan UMNO Akan Terus Kekal Berjuang Untuk Semua

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa parti terbabit akan terus kekal berjuang untuk semua. Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan di ibu pejabat parti, menara Dato Onn, malam tadi. “Alhamdulillah. Selesai sudah… mesyuarat MKT malam ini. Moga […]

» Read more

Wanita UMNO Tetap Setia, Solidariti Terhadap Institusi Presiden – Rosni Sohar

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Rosni Sohar menzahirkan kesyukuran kerana Wanita UMNO adalah entiti parti yang pertama menunjukkan solidariti terhadap kepimpinan institusi Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Setiausaha Wanita UMNO mengharapkan agar seluruh akar umbi terus setia bagi menentukan parti ini terpelihara demi bangsa Melayu. “Alhamdulillah… Wanita UMNO […]

» Read more

Pasca-PRU15: UMNO Kedah Perlu Kemaskan Langkah Hadapi PRN – Shaiful Hazizy

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berpandangan kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) di Padang Serai, walaupun disokong oleh rakan-rakan parti gabungan Kerajaan Perpaduan perlu diterima dengan hati yang terbuka dan insafi diri pola peralihan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN). Menurut beliau, semua perlu akur dan menjadikan keputusan Parlimen Padang Serai ini sebagai […]

» Read more
1 769 770 771 772 773 1,911