Ahmad Zahid Tegaskan UMNO Akan Terus Kekal Berjuang Untuk Semua

KUALA LUMPUR, 9 Dis – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa parti terbabit akan terus kekal berjuang untuk semua.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan di ibu pejabat parti, menara Dato Onn, malam tadi.

“Alhamdulillah. Selesai sudah… mesyuarat MKT malam ini. Moga keputusan bersama yang diambil akan membawa kebaikan kepada parti dan Malaysia keseluruhannya.

“UMNO akan terus kekal berjuang untuk semua,” katanya dalam hantaran pendek menerusi laman Facebooknya.

MKT UMNO malam tadi adalah mesyuarat pertama diadakan selepas selepas pembentukan kabinet baharu yang disertai oleh Ahmad Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.