Ini Adalah Satu Amanah Sebagai Timbalan Menteri – Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR, 10 Dis – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merakam penghargaan kepada pimpinan Barisan Nasional (BN) yang telah ditaklifkan sebagai Timbalan Menteri.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN mengatakan ini adalah satu amanah apabila dilantik dalam Kerajaan Perpaduan.
“Tahniah diucapkan kepada para pemimpin Barisan Nasional (BN) yang telah ditaklifkan amanah sebagai Timbalan Menteri Kerajaan Perpaduan.
“Kepelbagaian dan perbezaan yang ada diraikan dengan semangat untuk mencari kesepakatan membina negara bangsa yang berjaya.
“Pengalaman dan kepakaran dipertaruhkan untuk menyantuni kehendak dan aspirasi rakyat Malaysia,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Dalam masa yang sama juga Presiden UMNO ini mengharapkan agar semua Timbalan Menteri dapat bertugas dengan jayanya.
“Tahniah Dan Selamat Bertugas,” ujarnya. – UMNO Online