Ramasamy Usah Jadi Liabiliti Kerajaan Perpaduan – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR, 14 Feb – Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy diminta untuk bersikap adil, bertanggungjawab dan menghormati konsep kerjasama politik demi memelihara status solidariti Kerajaan Perpaduan yang terbina. Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, beliau sepatutnya menggunakan hak kebebasan memberikan cadangan kepada pemimpin negara secara rasional bagi memanfaatkan masyarakat dan menjaga keharmonian […]

» Read more

UMNO Ulangi Komitmen Sokong Anwar Sebagai Perdana Menteri Hingga Akhir Penggal

BANGI, 13 Feb – Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata UMNO kekal komited dalam menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri hingga tamat penggal demi kestabilan politik negara. Beliau berkata ia selaras dengan resolusi yang dicapai dalam Pehimpunan Agung UMNO bulan lepas. “Jadi apabila kita sokong kerajaan ini maksudnya Anwar adalah Perdana Menteri yang kita ada […]

» Read more

Demokrasi UMNO Masih Segar Meskipun Dua Jawatan Utama Tidak Dipertandingkan – Fairuz Jamaludin

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Fairuz Jamaludin berpandangan bahawa keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU)2022 lalu yang meluluskan usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan adalah sebuah bentuk demokrasi. Ini kerana katanya, keputusan sebulat suara tersebut sudah semestinya menyuburkan amalan demokrasi dalam parti dan dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO. “Jawatan Presiden dan Timbalan […]

» Read more

Hari Pertama Pendaftaran Pemilihan UMNO 2023 Berjalan Lancar

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Pendaftaran bagi proses Pemilihan UMNO 2023 berjalan lancar pada hari pertama pembukaannya yang bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang di Auditorium Menara Dato’ Onn. Pendaftaran tersebut adalah bagi jawatan Ahli Majlis Kerja Tertinggi, Exco Wanita, Pemuda dan Puteri yang bermula hari ini sehingga 26 Februari 2023. Calon atau wakil calon perlu mengikuti beberapa prosedur […]

» Read more

Pemilihan UMNO Bukti Demokrasi Subur, Dilaksana Demi Penyatuan Ahli – Sharifah Azizah

KLUANG, 13 Feb – Persidangan peringkat Cawangan UMNO yang dilaksana serentak dengan pemilihan Cawangan telah pun bermula sejak 1 Februari lalu sementara bagi pemilihan di peringkat Bahagian dan Pusat, proses pendaftaran calon bagi Pemilihan UMNO 2023 telah bermula hari ini sehingga 26 Februari 2023. Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain menekankan bahawa pemilihan yang dilakukan ini […]

» Read more

Pelaksanaan Dasar, Inisiatif Nasional Akan Rancakkan Ekonomi Negara – Agong

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah pelaksanaan dasar dan inisiatif nasional seperti dasar pelaburan baharu berteraskan aspirasi pelaburan nasional akan merancakkan lagi ekonomi negara dan mencapai sasaran yang diunjurkan. Seri Paduka bertitah program pembangunan sosioekonomi seperti agenda pemerkasaan ekonomi, pendigitalan dan penerimagunaan teknologi, keusahawanan serta pembangunan modal insan amat perlu bagi […]

» Read more

Permuafakatan Kerajaan Perpaduan Jamin Kestabilan Politik, Jana Pertumbuhan Ekonomi – Agong

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Permuafakatan yang tercapai dalam kalangan pimpinan parti Kerajaan Perpaduan membolehkan negara menjana pertumbuhan ekonomi yang menjamin kesejahteraan rakyat selain dapat mewujudkan kestabilan politik. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah ia selari dengan hasrat Seri Paduka untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan utuh. Seri Paduka yang menzahirkan ucapan tahniah kepada Datuk […]

» Read more

Pemilihan UMNO 2023: JPU Terima Satu Aduan, Bakal Calon Langgar Tataetika

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad memaklumkan bahawa beliau telah menerima aduan mengenai kesalahan tataetika yang telah dilakukan oleh calon meskipun proses pendaftaran calon belum bermula. Tegasnya, sebagai seorang calon yang berhasrat untuk menawarkan diri bagi sesuatu jawatan harus memahami segala tataetika telah ditetapkan dalam perlembagaan UMNO. “Ini yang saya ingin tegaskan […]

» Read more

Agong Rasmi Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen Ke-15

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat merasmikan istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15. Turut berangkat ke istiadat itu, Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua pada 10 pagi di Dataran Parlimen disambut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan […]

» Read more

MSN, KHM Wajar Pertimbang Semula… Setimpalkah Hukuman Dengan Kesalahan?

KUALA LUMPUR, 13 Feb – Karier sebagai seorang atlet sangat singkat dan janganlah disekat penuh bakat permata negara, kata Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia Datuk Norshida Ibrahim. Beliau merasa terpanggil untuk meneliti semula kes penggantungan atlet hoki wanita Malaysia, Hanis Nadiah Onn yang tular baru-baru ini. Katanya, tindakan penggantungan kepada Hanis tidak setara dengan kesalahan yang dinyatakan, hukumannya jauh lebih […]

» Read more
1 738 739 740 741 742 1,917