Ahmad Zahid Seru Semua Perwakilan UMNO Kembali Sebagai Satu Pasukan

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyeru semua perwakilan agar kembali bersatu sebagai satu pasukan dan melupakan sebarang sengketa walau siapapun yang dipilih menerajui barisan kepimpinan parti itu nanti. Ahmad Zahid berkata beliau juga bersedia menerima apa sahaja keputusan perwakilan menjelang pemilihan peringkat Ketua Bahagian, kepimpinan Bahagian serta kepimpinan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) […]

» Read more

Ahmad Zahid Sedia Disiasat SPRM Berhubung Sumber Dana UMNO

JOHOR BAHRU, 12 Mac – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menyatakan kesediaan untuk disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung sumber dana parti itu. Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata beliau bersifat terbuka kerana beliau sebelum ini pernah disiasat SPRM. “Saya sentiasa terbuka. Saya sendiri pernah disiasat…dibawa ke mahkamah dan saya bersedia pada […]

» Read more

Jagalah Parti Keramat ini… UMNO Perlu Bersatu Dapatkan Kepercayaan Rakyat – Nooryana Najwa

LEMBAH PANTAI, 12 Mac – Untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat, UMNO perlu dilihat stabil dan sentiasa bersatu, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Lembah Pantai baharu, Nooryana Najwa Najib. Jelasnya, pertandingan dalam keluarga yang berlaku semasa Pemilihan UMNO 2023 ini merupakan satu proses demokrasi disertai adatnya iaitu menang dan kalah. “Pertandingan ini merupakan satu proses demokrasi. Sudah menjadi adat pertandingan, ada […]

» Read more

Enggan Lepas Jawatan, Muhyiddin Cakap Tidak Serupa Bikin – Isham Jalil

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Tindakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin yang enggan melepaskan jawatannya meskipun telah dihadapkan ke mahkamah akibat kes salah guna kuasa dan rasuah dilihat ‘cakap tidak serupa bikin’. Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Isham Jalil berkata, sebelum ini pemimpin PN khususnya PPBM sering menyuruh pemimpin UMNO untuk meletakkan jawatan akibat pertuduhan yang dihadapi mereka. “Sebelum […]

» Read more

Tidak Rasmi: Noraini Ketua Wanita, Muhamad Akmal Ketua Pemuda

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengekalkan jawatan Ketua Wanita UMNO selepas memenangi pengundian dalam pemilihan parti terbabit yang diadakan semalam. Hal tersebut disahkan oleh Setiausaha Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar yang memaklumkan keputusan tidak rasmi bahawa Noraini berjaya mempertahankan jawatan Ketua Wanita UMNO Malaysia. “Segala solongan dan jasa baik semua amat dihargai dan akan dikenang. […]

» Read more

Rapatkan Saf Perkuat UMNO, Syabas Pemilihan Wanita, Pemuda, Puteri – Yakub

KOTA KINABALU, 12 Mac – Pemimpin dan ahli akar umbi UMNO Sabah diminta terus merapatkan saf dalam memperjuangkan agenda parti itu selepas fasa pemilihan kali ini. Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Yakub Khan berkata, terutamanya pemilihan melibatkan Wanita, sayap Pemuda dan Puteri UMNO, beliau menyifatkan yang menang bukanlah menang semua dan yang kalah, bukanlah kalah semua. “Perumpamaan itu perlulah […]

» Read more

UMNO Kelantan Bincang Agih Kerusi PRN Selepas Pemilihan Parti

MACHANG, 11 Mac – UMNO Kelantan akan berbincang mengenai pengagihan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas pemilihan parti berkenaan selesai, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Datuk Ahmad Jazlan Yaakub. Beliau berkata pihaknya setakat ini masih belum mengadakan perbincangan pada peringkat negeri sama ada berhubung pengagihan kerusi dan jawatankuasa bersama. “Di Kelantan, kita fikir biarlah selesai dahulu pemilihan […]

» Read more

Pemilihan UMNO 2023: Ikuti Paparan Keputusan Secara Langsung Bermula 5.00 Petang

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Untuk mengikuti keputusan terkini bagi Pemilihan UMNO 2023, UMNO akan menyediakan paparan secara langsung di laman Facebook UMNO Online bermula pada jam 5.00 petang ini secara berperingkat melalui bahagian-bahagian yang telah menjalankan proses pengiraan undi. Keputusan yang akan dipaparkan ialah bagi jawatan-jawatan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO di peringkat pusat serta bahagian. Keputusan rasmi […]

» Read more

PRN Kedah: UMNO Kenal Pasti Kerusi Yang Akan Ditandingi – Mahdzir

KUALA NERANG, 11 Mac – UMNO telah mengenal pasti kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah yang disasar untuk ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, kata Naib Presidennya Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau yang enggan mendedahkan bilangan kerusi itu berkata keputusan akhir mengenai perkara itu bagaimanapun akan diputuskan oleh Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang akan bermesyuarat pada […]

» Read more

UMNO Tetap Segar Subur Di Akar Umbi, Pilihlah Pemimpin Yang Setia – Rosnah

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Pemilihan UMNO yang berlangsung di seluruh negara sekarang ini menjadi bukti bahawa perjuangannya tetap subur di akar umbi. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin melihat bahawa sambutan daripada calon-calon yang menawarkan diri cukup meriah menandakan UMNO tetap segar. “Alhamdulillah sambutan saya kira amat meriah yang melibatkan pencalonan-pencalonan dan menunjukkan bahawa […]

» Read more
1 726 727 728 729 730 1,923