Pemilihan UMNO 2023: Ikuti Paparan Keputusan Secara Langsung Bermula 5.00 Petang

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Untuk mengikuti keputusan terkini bagi Pemilihan UMNO 2023, UMNO akan menyediakan paparan secara langsung di laman Facebook UMNO Online bermula pada jam 5.00 petang ini secara berperingkat melalui bahagian-bahagian yang telah menjalankan proses pengiraan undi.

Keputusan yang akan dipaparkan ialah bagi jawatan-jawatan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO di peringkat pusat serta bahagian.

Keputusan rasmi pemilihan ini akan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad setelah selesai proses perkiraan undi dan penelitian dijalankan.

Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan, Wanita, Pergerakan Pemuda, Puteri Cawangan telah bermula pada 1 Februari dan berakhir pada 26 Februari 2023 lalu.

Pada 11 Mac 2023 akan diadakan Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pergerakan Pemuda serta Puteri Bahagian. Pada tarikh yang sama turut akan diadakan Pemilihan Exco Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri peringkat Pusat.

Pemilihan UMNO akan berakhir pada 18 Mac 2023 dengan berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.