Melaka Lokasi Permulaan Jelajah Mega Penerangan

MASJID TANAH, 19 Sept – Melaka menjadi negeri pertama bagi gerakan Jelajah Mega Penerangan UMNO Malaysia yang dilancarkan malam tadi sebagai usaha memperkukuh strategi penerangan parti dan menyusun gerak kerja secara lebih sistematik. Majlis pelancaran di Villa D’Acqua, Masjid Tanah itu disempurnakan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said, dan turut dihadiri Ketua Penerangan UMNO Melaka, Datuk Fairul […]

» Read more

UMNO Johor Hormati Proses Perlembagaan Dalam Isu Najib

KUALA LUMPUR, 18 Sept — UMNO Johor menegaskan kepentingan menghormati proses Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang dalam perkembangan berkaitan pelaksanaan baki hukuman Datuk Seri Najib Tun Razak melalui tahanan rumah. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, semua pihak perlu menerima dan menghormati keputusan yang dibuat melalui saluran sah, selain memastikan isu berkenaan tidak disalah tafsir sehingga […]

» Read more

Perkembangan Najib: Wan Rosdy Seru Ahli Sambut Dengan Kesyukuran, Jaga Adab

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru seluruh kepimpinan dan ahli di negeri tersebut untuk menyambut perkembangan mengenai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak dengan penuh kesyukuran serta sentiasa menjaga adab. Menerusi satu kenyataan, beliau menzahirkan rasa syukur atas keputusan Lembaga Pengampunan yang diumumkan berhubung permohonan pengampunan […]

» Read more

UMNO Gerakkan Tabung Solidariti Najib Razak

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Ibu Pejabat UMNO mengambil langkah melaksanakan inisiatif dengan melancarkan Tabung Solidariti Najib Razak bagi membantu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melunaskan denda berjumlah RM50 juta. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, inisiatif tersebut dizahirkan sebagai tanda keprihatinan dan solidariti seluruh keluarga UMNO serta rakyat Malaysia yang ingin bersama-sama memberikan sokongan kepada […]

» Read more

Wanita UMNO Junjung Kasih, Sambut Keputusan Tahanan Rumah Najib

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Wanita UMNO Malaysia menyambut dengan penuh kesyukuran keputusan yang membolehkan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah. Dalam kenyataan hari ini, Wanita UMNO turut merafak sembah menjunjung kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas limpah perkenan Baginda berhubung keputusan berkenaan. Menurut kenyataan […]

» Read more

Wajah Baharu Bandar Johor Bahru Pacu Ekonomi, Kehidupan Komuniti Setempat

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Wajah baharu bandar Johor Bahru bakal menjadi nilai tambah kepada ekonomi dan kehidupan komuniti setempat, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Ujarnya, usaha menaik taraf infrastruktur dan pengindahan Johor Bahru City Centre dengan peruntukan RM25 juta itu telah mewujudkan ruang bandar yang lebih mesra pengguna. “Syukur alhamdulillah, pusat bandar Johor Bahru kini tampil […]

» Read more

Ahmad Zahid Seru Ahli UMNO Syukuri Keputusan, Hormati Proses Pengampunan Najib

JAKARTA, 18 Sept – Ahli UMNO diseru mensyukuri keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan tetap menjaga adab dan menghormati proses yang ditetapkan. Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu sejak awal mengambil pendekatan penuh tertib dan rendah hati dalam membawa permohonan berkenaan menerusi saluran yang ditetapkan. “Penghormatan kepada institusi […]

» Read more

Sarawak Penentu Masa Depan Industri Lada Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Sarawak mempunyai kedudukan yang sangat penting dalam menentukan masa depan industri lada Malaysia, kata Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Noraini memaklumkan beliau telah berkesempatan untuk menghadiri Seminar Kemampanan Industri Lada yang berlangsung di Dewan Masyarakat Spaoh, Betong, Sarawak, semalam. “Saya telah bersama pekebun dan penggiat industri […]

» Read more

ANGKASA Kekal Di Pentas Global, Abdul Fattah Ke Lembaga ICA

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam kepimpinan gerakan koperasi dunia apabila Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, dipilih sebagai Ahli Lembaga International Cooperative Alliance (ICA) bagi penggal 2026 hingga 2030. Pemilihan itu berlangsung sempena Perhimpunan Agung ICA 2026 di Panama Convention Centre, Panama, sekali gus menyaksikan Malaysia menerusi ANGKASA […]

» Read more

Agong Perkenan Pengampunan Bersyarat Kepada Najib

PUTRAJAYA, 18 Sept — Lembaga Pengampunan Bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-64 telah bersidang pada 18 September 2026. Menurut kenyataan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim telah memperkenankan pengampunan bersyarat kepada Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak. Pengampunan berkenaan menetapkan beliau […]

» Read more
1 … 53 54 55 56 57 … 2,350