UMNO Ambil Langkah Penambahbaikan, Perkukuh Kerjasama Bersama PH

KUALA LUMPUR, 13 Sept – UMNO akan mengambil beberapa langkah penambahbaikan dan pemerkasaan parti antaranya mengadakan konvensyen di semua bahagian seluruh negara dengan memfokuskan aspek pengukuhan organisasi parti dan lain-lain. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pada masa yang sama parti juga akan memperkukuhkan lagi kerjasama dengan rakan-rakan parti komponen di dalam Pakatan harapan di semua peringkat […]

» Read more

Khidmat Bakti Reezal Merican Berterusan Untuk Rakyat Kepala Batas

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican baru-baru ini berbesar hati menyampaikan bantuan kepada rakyat yang terkesan dengan kerosakan rumah akibat angin kencang. Katanya, bantuan tersebut tidak hanya di kawasan Bertam sahaja malahan merangkumi Parlimen Kepala Batas. “14 rumah di DUN Bertam terlibat sementara 2 rumah di DUN Pinang Tunggal dan […]

» Read more

Melaka Dapat Tambahan 500 Tan Metrik Beras Tempatan

MELAKA, 13 Sept – Sebanyak 500 tan metrik beras tempatan akan diedarkan di semua kedai runcit di seluruh negeri Melaka bermula Sabtu ini sehingga akhir bulan. Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhamad Akmal Saleh berkata keputusan itu dicapai menerusi satu mesyuarat khas bagi menangani isu kekurangan beras tempatan pagi tadi yang melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri […]

» Read more

PM Anwar Mahu Malaysia Jadi Negara Terunggul

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi visi agar Malaysia memperoleh semula status yang dicapainya pada 1990-an dan menjadi sebuah negara unggul di rantau ini – dari segi ekonomi, politik, tadbir urus yang baik, dan sebagai contoh masyarakat majmuk berbilang kaum. Berucap di Milken Institute Asia Summit 2023 di Singapura pada Rabu, Perdana Menteri berkata berdasarkan senario […]

» Read more

Syed Saddiq Retorik, Tidak Konsisten Dalam Perjuangan Antara PN Dan Kerajaan Perpaduan – Ahmad Faisal

PUTRAJAYA, 13 Sept – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dibidas berikutan menarik diri sebagai penyokong Kerajaan Perpaduan atas alasan langkah Kerajaan Perpaduan di bawah kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihatnya bertentangan dengan prinsip kedaulatan undang-undang. Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Ahmad Faisal Abdul Karim dalam hal ini mempersoalkan tindakan Syed Saddiq yang selalu mengatakan pejuang menentang […]

» Read more

Semarakkan Hari Malaysia, Pemuda UMNO Libaran Aplikasi Karnival Sehari Bersama Rakyat

LIBARAN, 13 Sept – Semangat Hari Malaysia pada Sabtu ini perlu diaplkasi dengan kebersamaan seluruh masyarakat bagi memastikan perpaduan di negara ini terus kekal dan utuh. Justeru, Pemuda UMNO Bahagian Libaran mengalu-alukan orang ramai untuk bersama-sama menyemarakkan semangat Hari Malaysia ke Karnival Sehari Bersama Pergerakan Pemuda UMNO Libaran yang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia, 16 Sept, Sabtu ini. Ketuanya, Mohd […]

» Read more

Keputusan Permohonan Sijil Halal Wajib Diberi Dalam Tempoh 30 Hari Bekerja – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Keputusan bagi setiap permohonan untuk mendapatkan sijil halal, wajib diberikan dalam tempoh 30 hari bekerja dan tiada alasan untuk ia dilewatkan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Katanya beliau ada mendengar rungutan yang mendakwa proses permohonan itu mengambil tempoh dari sembilan bulan sehingga dua tahun, malah ada yang hanya mendapat maklum […]

» Read more

Malaysia Teroka Kerjasama Dalam Bidang Sains, Teknologi, Pertahanan Pada DSEI 2023

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Malaysia meneroka peluang jalinan kerjasama dengan United Kingdom dan negara strategik dalam bidang sains, teknologi dan industri pertahanan, selaras dengan Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN) yang sedang dibangunkan. Perkara itu dinyatakan semasa Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan yang dalam rangka lawatan kerja ke United Kingdom bagi menghadiri Defence and Security Equipment International […]

» Read more

Zahid Serah Kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Ambil Langkah Pencerahan Isu DNAA

KUALA LUMPUR, 13 Sept – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyerahkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi berhubung langkah yang akan diambil jawatankuasa itu ke arah pencerahan berhubung isu keputusan mahkamah untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) beliau daripada pertuduhan di mahkamah. Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Pengerusi […]

» Read more

Tubuh Jawatankuasa Pemantau, Elak Skandal Rasuah Di Jabatan Air Sabah Berulang – Jeffrey Nor

KOTA KINABALU, 13 Sept – Kerajaan perlu menubuhkan jawatankuasa pemantau bagi memastikan peruntukan tambahan RM800 juta dapat menyelesaikan isu bekalan air di negeri Sabah. Ketua Bahagian UMNO Putatan, Jeffrey Nor Mohamed berkata, rakyat di Sabah sudah lama mengalami pelbagai trauma berikutan beberapa kejadian di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) membabitkan skandal rasuah bernilai jutaan ringgit pada 2016 lalu. Katanya, akibat […]

» Read more
1 546 547 548 549 550 1,907