Semarakkan Hari Malaysia, Pemuda UMNO Libaran Aplikasi Karnival Sehari Bersama Rakyat

LIBARAN, 13 Sept – Semangat Hari Malaysia pada Sabtu ini perlu diaplkasi dengan kebersamaan seluruh masyarakat bagi memastikan perpaduan di negara ini terus kekal dan utuh.

Justeru, Pemuda UMNO Bahagian Libaran mengalu-alukan orang ramai untuk bersama-sama menyemarakkan semangat Hari Malaysia ke Karnival Sehari Bersama Pergerakan Pemuda UMNO Libaran yang diadakan sempena sambutan Hari Malaysia, 16 Sept, Sabtu ini.

Ketuanya, Mohd Razlan Dandan berkata, program ini adalah usaha yang diangkat oleh Pemuda UMNO tempatan bagi memastikan setiap individu mempunyai semangat yang tinggi dalam usaha memastikan kesejahteraan dan perpaduan dalam negara terus dipelihara.

“Program ini akan dilaksakana secara santai yang akan menghimpunkan barisan kepimpinan tempatan untuk bersama-sama masyarakat setempat iaitu acara perasmian akan dilaksanakan oleh Ahli Parlimen Libaran merangkap Ketua UMNO di sini, Datuk Suhaimi Nasir.

“Akan turut bersama dalam program ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sibuga, Datuk Mohd Hamsan Awang Supain; ADUN Sungai Manila, Mokran Ingkat bersama kepimpinan UMNO tempatan yang lain.

“Ini adalah ruang dan peluang untuk kita sama-sama mengeratkan silaturrahim dan beramah mesra dengan pemimpin serta rakyat di sini di samping menyemai semangat patriotisme sempenan dengan Hari Malaysia,” katanya kepada UMNO Online.

Jelas Mohd Razlan, pengisian program tersebut akan dimeriahkan dengan pelbagai acara yang bermula dari jam 6.00 pagi hingga 11.00 malam.

“Jangan lepaskan peluang untuk hadir dan menyertai aktiviti yang diadakan pada hari tersebut. Penyertaan adalah percuma bagi kebanyakan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.

“Antara aktiviti yang paling menarik adalah cabutan tiket bertuah dengan hadiah utama sebuah motorsikal Yamaha Y16 yang akan dicabut pada malam kemuncak karnival.

“Lebih menyeronokkan pada malam kemuncak akan diadakan konsert yang dihadiri oleh artis-artis popular tanah air,” katanya lagi. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.