Sebanyak RM512.5 Juta Disalurkan Kepada Kkm Setakat 7 Ogos, 2020 – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 20 Ogos – Setakat 7 Ogos 2020, sebanyak RM512.5 juta telah disalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha untuk meningkatkan lagi keupayaan kementerian tersebut untuk memerangi COVID-19, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata usaha pembendungan penularan pandemik itu adalah faktor kritikal dalam pemulihan ekonomi dan sebanyak RM1 bilion telah diperuntukkan bagi membiayai […]

» Read more

KPT Garis Strategi Tingkat Kebolehpasaran Siswazah – Noraini

KUALA LUMPUR 20 Ogos – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah menggariskan beberapa strategi bagi meningkatkan kebolehpasaran siswazah pascapandemik COVID-19 yang termasuk membangunkan portal Graduates References Hub for Employment and Training atau ringkasnya GREaT. Menterinya Datuk Dr Noraini Ahmad berkata antara perkhidmatan yang bakal disediakan dalam portal sehenti itu adalah perkhidmatan padanan pekerjaan, permohonan untuk reskilling atau kemahiran baharu dan upskilling […]

» Read more

PRK DUN Slim: Kerja Keras Jentera Parti Pelbagai Peringkat Asas Kemenangan BN

TANJUNG MALIM, 20 Ogos – Gerak kerja jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim boleh dianggap masuk ‘gear lima’ dan keseluruhan Pusat Daerah Mengundi (PDM) telah digerakkan sepenuhnya dan fasa seterusnya adalah untuk melipatgandakan lagi usaha dalam memastikan kemenangan berpihak kepada calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Amin pada 29 Ogos nanti. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr […]

» Read more

Calon Bebas… Jangan Berselindung Di Sebalik Pokok Pisang – Mohamad

  TANJUNG MALIM, 20 Ogos – Jangan berselindung di sebalik pokok pisang…kalau nak selindung, selindung di belakang tembok yang besar…jangan berselindung di belakang pokok pisang orang akan nampak badan serta muka siapa. Tidak payahlah berselindung di sebalik Bebas. Macam di Chini kita tahu siapa. Di sini lagilah ramai pemimpin mereka. Sini mungkin dekat dengan Kuala Lumpur dan mungkin Chini sebelum […]

» Read more

PRN Sabah: Kita Perlu Berada Dalam Satu Barisan Dan Wadah Yang Sama – Ahmad Zahid

TANJUNG MALIM, 20 Ogos – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cara terbaik untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah dengan mencari jalan yang terbaik agar semua pihak berada di dalam satu wadah yang sama. Justeru beliau berpandangan perbedaan pendapat yang timbul mengenai PRN negeri berkenaan dapat dimurnikan dan jangan sesekali memberikan kekuatan kepada […]

» Read more

Zahid Dan Tok Mat Sambut Kedatangan Awal Tahun Kalendar Islam Di Slim

TANJUNG MALIM, 19 Ogos – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama penduduk setempat hari ini menyambut kedatangan Maal Hijrah di Slim. Selain kedua-dua pemimpin berkenaan, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan turut sama-sama mengaminkan doa awal dan akhir tahun. Kehadiran mereka […]

» Read more

Hari Ke-71 PKPP, Masih Ramai Ingkar Arahan

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sudah masuk hari ke-155 dan hari ke-71 ianya dilonggarkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), masih ramai lagi individu yang didapati ingkar arahan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sehingga semalam, seramai 136 dikompaun manakala empat lagi direman kerana mengingkari arahan PKP. “Antara kesalahan ingkar arahan […]

» Read more

MOSTI Cadang Vaksin COVID-19 Diberi Percuma

CYBERJAYA, 19 Ogos – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan mencadangkan kepada Kabinet untuk menyediakan vaksin COVID-19 secara percuma kepada rakyat Malaysia, sebaik vaksin berkenaan diperolehi, kata menterinya, Khairy Jamaluddin. “Kabinet belum memutuskan perkara berkenaan, tetapi saya mencadangkan kepada Kabinet, sebaik kita mendapatkan bekalan vaksin COVID-19, ia diberi secara percuma kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran […]

» Read more

Penggunaan Pusat Kalibrasi Peralatan Pengesanan Utiliti Bawah Tanah Akan Diperluaskan Kepada Swasta

TANJUNG MALIM, 19 Ogos – Pusat Kalibrasi Peralatan Pengesanan Utiti Bawah Tanah di Institut Tanah dan Ukur Negara (Instun) di sini akan diperluaskan penggunaannya kepada agensi utiliti swasta untuk menjalankan penentukuran ke atas peralatan-peralatan pengesanan utiliti bawah tanah, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah. Beliau berkata pusat ini merupakan yang kedua seumpamanya dibina bagi menyokong […]

» Read more

UMNO Ambil Kira Pandangan Akar Umbi Untuk Terima Anggota Baharu Dalam MN

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Hujung minggu lalu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan bahawa Majlis Tertinggi parti itu bersetuju untuk menyertai Muafakat Nasional (MN). Sehubungan itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir menekankan bahawa apa sahaja keputusan parti mestilah mengambil kira semua aspek terutamanya suara akar umbi yang sentiasa […]

» Read more
1 … 1,905 1,906 1,907 1,908 1,909 … 2,374