UMNO Labuan Teruskan Program Peduli Rakyat Walaupun Harga Beras Naik

LABUAN, 25 Sept – Biarpun negara berdepan masalah isu kenaikan harga dan kekurangan bekalan beras namun hal ini tidak membantutkan program Peduli Rakyat UMNO Bahagian Labuan yang membabitkan agihan bantuan beras kepada masyarakat. Ketuanya, Datuk Mohd Rafi Alli Hassan berkata inisiatif untuk mendekati rakyat dengan menyantuni mereka yang dilanda musibah, kesusahan dan perlukan bantuan melalui Program Peduli Rakyat dengan agihan […]

» Read more

PRK Pelangai: Veteran UMNO Seru Pengundi Felda Pilih Calon BN, Kenang Jasa Najib Dan Tun Razak

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub menyeru seluruh pengundi di Felda Kemasul, Chemomoi dan Kemahal supaya mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai ini. Tegasnya, budi dan jasa baik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib dan Tun Razak terhadap peneroka Felda haruslah dikenang. “Veteran UMNO merayu […]

» Read more

Tidak Pelik…Isu Nasional Turut Jadi Bahan Di Pelangai – Jalaluddin

BENTONG, 25 Sept – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias percaya manipulasi isu termasuklah isu-isu di peringkat nasional akan terus  bermain sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan tidak menolak ianya akan terus menjadi bahan kempen pihak lawan dalam sepanjang kempen sehingga hari pengundian nanti. “Apabila […]

» Read more

Amizar Kempen Secara Berhemah, Tolak Budaya Fitnah

BENTONG, 24 Sept – Barisan Nasional (BN) akan terus berkempen secara berhemah dan bukannya bersikap mengadu domba sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang bermula semalam. Calon BN BN DUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam ketika ditemui UMNO-Online ketika kempennya di Bilik Gerakan Kg Hayat berkata apa yang penting adalah berkempen secara berhemah dan mengikut tatasusila […]

» Read more

Kemenangan BN Penting Untuk Kelangsungan DUN Pelangai – Dr Akmal

BENTONG, 24 Sept – Barisan Nasional (BN) perlu mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai dalam usaha memastikan segala perancangan sebelum ini dapat diteruskan. Pada masa yang sama Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda BN,  Dr Muhamad Akmal Salleh berpandangan kemenangan juga memberi suntikan semangat kepada seluruh ahli parti setelah UMNO ditohmah dengan pelbagai […]

» Read more

Penasihat SG4… Perhiasan Atau Gimik Politik? – Shaiful Hazizy

ALOR SETAR, 24 Sept – Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin mempersoalkan apakah fungsi penasihat SG4 yang sekarang ini disandang oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Jelasnya, ulasan beliau mengenai keazaman untuk membantu Negeri Kedah agak hebat, namun turut mempersoalkan mengapa perkara tersebut tidak dilaksanakan semasa berkuasa. “SG4? Hebat Tun M bagi ulasan tentang keazaman nak […]

» Read more

UMNO/BN Akan Teruskan Momentum Kemenangan Kerajaan Perpaduan – Hang Tuah Din

KUALA LUMPUR, 24 Sept – Kesinambungan kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram akan terus berlaku pada PRK Pelangai, kata Ketua Penerangan UMNO Negeri Perak, Datuk Hang Tuah Din. Jelasnya, apa yang berlaku pada PRK Johor baru-baru ini pengundi Pelangai harus bermuhasabah dan terus beri sokongan pada Barisan Nasional (BN) kerana parti ini mendukung Kerajaan Perpaduan yang […]

» Read more

Buat Penilaian Mendalam, Calon BN DUN Pelangai Mampu Wakili Rakyat Setempat – Wan Rosdy

BENTONG, 23 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yakin calon yang diketengahkan parti itu, Datuk Amizar Abu Adam pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai mampu melaksanakan amanah sekiranya pengundi memberikan peluang pada 7 Oktober depan. Langkah itu sekaligus jelas beliau dapat menyambung apa jua perancangan yang telah dirancang oleh […]

» Read more

Mahdzir Ingatkan Pengundi Pelangai Jangan Terpedaya Persepsi Pembangkang

BENTONG, 23 Sept – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengingatkan kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai agar jangan terpedaya dengan dakyah pembangkang yang sering memainkan persepsi politik. Tegasnya, pihak lawan mencipta naratif songsang yang melampau bagi mengelirukan dan menghilangkan keyakinan pengundi terhadap Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya ini. “Kita sudah mengingatkan kepada seluruh […]

» Read more

Elak Budaya Ekstremisme, Tidak Menguntungkan Rakyat – Dr Akmal

BENTONG, 23 Sept – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berpandangan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai harus menolak budaya ekstremisme yang boleh menimbulkan perbalahan pada rakyat dan membanteras sebarang bentuk politik perkauman sempit yang merugikan rakyat. Katanya, tidak ada kompromi isu agama dan budaya dimainkan walau apa pun manipulasi yang dilakukan dalam ingin mewujudkan keharmonian dalam negara […]

» Read more
1 535 536 537 538 539 1,905