Amizar Kempen Secara Berhemah, Tolak Budaya Fitnah

BENTONG, 24 Sept – Barisan Nasional (BN) akan terus berkempen secara berhemah dan bukannya bersikap mengadu domba sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang bermula semalam.

Calon BN BN DUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam ketika ditemui UMNO-Online ketika kempennya di Bilik Gerakan Kg Hayat berkata apa yang penting adalah berkempen secara berhemah dan mengikut tatasusila sebaiknya.

“Kita dengan cara kita…kita kempen dengan budaya positif dan bukannya adu domba dan sebagainya lagi. Ini biasa dan dalam mana-mana pilihan mereka akan datang terutama orang luar dan kita orang kampung kita sendiri tahu perkara sebenarnya.

“Orang luar boleh cerita apa sahaja dan boleh cakap apa sahaja namun kita orang kampung sini…orang Pelangai tahu dah. Mereka datang dan balik…namun kita orang kampung sini yang memahami,” katanya.

Amizar seterusnya menambah beliau sama sekali tidak akan menggunakan bentuk kempen menghentam sesiapa cuma akan nyatakan apa yang akan dibawa untuk rakyat di Pelangai khususnya menyambung legasi segala perancangan Allahyarham Datuk Seri Johari sebelum ini.

“Sebab itu saya cakap dengan anasir luar in… mereka suka mengadu domba dan cerita yang bukan-bukan namun pada saya orang Pelangai dah faham dan dah tahu perangai mereka ini mengahsut serta memfitnah.

“Ini adalah kerja mereka namun pihak kami jentera BN khususnya telah dididik tatasusila dan kita kempen dengan budaya positif. Tidak mahu menghentam dan budaya merendah diri. Lebih baik kita bekerja untuk rakyat,” tambahnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.