Tidak Pelik…Isu Nasional Turut Jadi Bahan Di Pelangai – Jalaluddin

BENTONG, 25 Sept – Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias percaya manipulasi isu termasuklah isu-isu di peringkat nasional akan terus  bermain sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan tidak menolak ianya akan terus menjadi bahan kempen pihak lawan dalam sepanjang kempen sehingga hari pengundian nanti.

“Apabila kita berdepan setiap PRK dan Negeri Sembilan yang baru melepasi PRN tempoh hari  turut terkena tempoasnya…pelbagai isu yang dibawa dan ini yang saya sebutkan…isu yang dibawa oleh pembangkang ini  tidak banyak kecuali berkaitan tataurus parti dan sebagainya…antaranya sudah mula bekerjasama dengan Dap dan macam-macam.

“Mereka cuba mendatangkan kemarahan kepada orang Melayu..kemudian apa lagi isu berkaitan pembelaan kepada orang Melayu dan sebagainya. Ini antara cubaan untuk mendatangkan kemarahan masyarakat setempat sekaligus mendorong kepada tidak mengundi kerajaan perpaduan sekarang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada UMNO Online selepas mwngadakan ramah mesra bersama warga setempat di Bilik Gerakan BN Simpang Pelangai.

Beliau seterusnya menambah lantatan itu jentera perlu jelaskan kepada masyarakat di DUN Pelangai perkara dan hakikat yang sebenarnya.

“Kita harus jelaskan kepada kepada rakyat apa yang dilakukan oleh kerajaan perpaduan yang melakukan pelbagai  perkara untuk pembangunan negara dan masyarakat dari  semasa ke  semasa.

“Kalau kita nak tanya apa yang dibawa oleh PN memang sampai Subuh tak habis dan kalau nak cari salah memang boleh cakap.

“Jadi saya harap orang di Pelangai tidak  termakan fitnah.Sekarang ini masa terbaik perpaduan yang telah diwujudkan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan bangsa serta juga harapan kerajaan untuk teruskan pembangunan dapat didokong dan disokong oleh pengundi pada 7 Okt nanti,” ujarnya.- UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.