PRK Kemaman: Pilih Calon Tepat, Beri Peluang UMNO/BN Berkhidmat – Othman Endut

KUALA LUMPUR, 19 Nov – Para pengundi di Kemaman diingatkan agar memilih calon yang tepat dan memberikan peluang kepada calon UMNO/Barisan Nasional (BN) untuk berkhidmat sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) ini. Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Othman Endut berkata, PRK ini merupakan ruang dan peluang yang terbaik untuk rakyat memilih calon mereka selepas kemenangan penyandangnya dibatalkan oleh Mahkamah Pilihan […]

» Read more

UMNO/BN Siap Siaga Hadapi PRN Sabah Ke-17 Sekiranya Dibuat Lebih Awal – Bung Moktar

KOTA KINABALU, 19 Nov – UMNO dan Barisan Nasional (BN) Sabah bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada bila-bila masa, kata Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin. Beliau berkata UMNO/BN negeri sentiasa dalam keadaan siap siaga di semua peringkat bagi menghadapi sebarang kemungkinan PRN ke-17 diadakan lebih awal dari tempoh yang telah ditetapkan. Katanya, UMNO/BN telah melakukan persiapan […]

» Read more

‘Tak Mustahil Birukan Kemaman’ – Raja Mohamed Affandi

KEMAMAN, 18 Nov – Tidak mustahil untuk mengalihkan Kemaman kepada warna biru iaitu warna logo Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman 2 Disember ini, kata calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamad Affandi Raja Mohamed Noor. Optimis dengan sokongan pengundi di sini, beliau berkata kehadiran beliau adalah untuk berkhidmat kembali kepada rakyat Kemaman selepas segala bakti […]

» Read more

BN Bawa Calon Terbaik, Diterima Rakyat Dan Jentera Parti – Tok Mat

KEMAMAN, 18 Nov – Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor merupakan calon terbaik daripada Barisan Nasional (BN) untuk mewakili parti bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman. Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pencalonan Raja Mohamed Affandi itu diterima baik semua pihak terutama jentera parti. “Seperti yang telah kita ketahui beberapa […]

» Read more

Pilih Wakil Untuk Berkhidmat, Bukan Pilih Pakatan Parti Yang Asyik Catur Politik – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Nov – Hari ini tirai PRK Kemaman dibuka dan sepanjang 14 hari ke hadapan ini kita akan menempuhi cabaran besar bagi memenangi Pilihan Raya di Parlimen P040 Kemaman. Pengerusi Barisan Nasional (BN) merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sudah sampai masanya rakyat memilih wakil untuk berkhidmat bukannya memilih pakatan parti yang asyik dengan […]

» Read more

Raja Mohamed Affandi Sah Calon BN Di PRK Kemaman

KEMAMAN, 18 Nov – Bekas Panglima Angkatan Tentera, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sah menjadi calon mewakili Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman. Raja Mohamad Affandi menghadapi saingan dua penjuru daripada Pas yang mengetengahkan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Kedua mereka tiba bersama-sama pencadang dan penyokong, masing-masing pada jam sembilan […]

» Read more

‘Kemaman Untuk Kemaman’, Calon Diiringi Jentera Ke Pusat Penamaan

KEMAMAN, 18 Nov – Gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman bermula hari ini dengan proses penamaan calon berlangsung di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman di sini. Bermula jam 8.35 pagi, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan bersama pimpinan pusat dan negeri mengiringi calon BN iaitu bekas Panglima Angkatan Tentera Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi […]

» Read more

PRK Kemaman: BN Yakin Kredibiliti Calon Ditawarkan – Azalina

KEMAMAN, 17 Nov – Barisan Nasional (BN) yakin dengan kredibiliti calon ditawarkan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman sekali gus tidak tergugat dengan keputusan PAS meletakkan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai calonnya. Ketua Penerangan UMNO Datuk Seri Azalina Othman Said berkata calon BN iaitu bekas Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed […]

» Read more

Jadi MB Jangan Asyik Cari Salah Orang Lain… Cari Inisiatif Promosi Negeri – Shahanim

ALOR SETAR, 17 Nov – Rakyat mahukan pemimpin sesebuah kerajaan yang komited mengurus tadbir negeri dengan baik dan bukannya hanya pandai mencari salah pihak lain, tegas Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Datuk Shahanim Mohamad Yusoff. Ujarnya, setelah mentadbir negeri lebih tiga tahun, sewajarnya Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sudah mempunyai idea dan inisiatif menyemarakkan industri pelancongan […]

» Read more

Kongres Ekonomi Bumiputera: Banyak Perkara Dan Agenda Bumiputera Akan Jadi Topik Perbincangan – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 17 Nov – Setiausaha Kolokium Kongres Ekonomi Bumiputera, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata pelbagai perkara serta agenda yang telah dibincangkan sebelum ini berkaitan ekonomi bumiputera tentunya akan diperhalusi sebaik mungkin dalam usaha memastikan ianya benar-benar mampu dilaksanakan. Menurut beliau menerusi platform Kongres Ekonomi Bumiputera yang akan diadakan nanti, sudah tentu pelbagai perkara yang telah timbul mahupun diperkatakan […]

» Read more
1 490 491 492 493 494 1,901