UMNO Raikan Anak Yatim, Iftar Penuh Muhibbah

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Kepimpinan tertinggi UMNO hari ini meraikan anak-anak yatim pada majlis berbuka puasa yang berlangsung di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. Bertempat di Dewan Tun Razak 3, di sini, majlis tersebut bermula seawal jam 6.30 petang dengan ketibaan para tetamu dan jemputan khas termasuk anak-anak yatim dan pelajar tahfiz. Presiden UMNO, Datuk […]

» Read more

UMNO Tidak Akan Berkomproni Cubaan Pertikai Teras Kestabilan Negara

KUALA LUMPUR, 12 Mac – UMNO tidak akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mempertikai, meremeh ataupun mencabar asas-asas penting yang menjadi teras kestabilan negara. Ini terutamanya kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, keistimewaan Melayu-Bumiputera tanpa sesekali menafikan hak kebebasan beragama dan berbudaya yang dijamin Perlembagaan. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata dalam satu kenyataan media, perkara […]

» Read more

Pelihara Perpaduan… Tolak Pihak Mainkan Sentimen Agama, Kaum Dan Bangsa – Jalaluddin

SEREMBAN, 12 Mac – Exco Kanan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menegaskan bahawa pihak kerajaan negeri dan persekutuan tidak akan bersama dengan mana-mana pihak yang cuba untuk memainkan sentimen agama, bangsa serta kaum bagi merosakkan perpaduan di bawah Kerajaan Madani. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan memaklumkan bahawa amalan menyantuni masyarakat sepanjang bulan Ramadan sedang giat […]

» Read more

HAWA Imarah Ramadan, Anjur Program Ilmu

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Malaysia (HAWA) hari ini berbesar hati menganjurkan Program Tautan Kasih Ramadan bagi menyemarakkan lagi kedatangan bulan mulia ini di samping memanfaatkannya dengan program ilmu. Pengerusi HAWA Malaysia, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil meluahkan kesyukuran beliau dengan penyertaan menggalakkan daripada wanita seluruh negara melalui pelbagai pengisian. Diadakan di Surau Jumaat […]

» Read more

KDN Tiada Hasrat Ikut Langkah AS Berhubung Dasar Hantar Pulang Pendatang Tanpa Izin

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Kementerian Dalam Negeri (KDN) buat masa ini tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat (AS) berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin ke negara asal sebagai dasar baharu lebih keras bagi menyelesaikan isu lambakan warga asing dalam negara. Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, ini kerana KDN sentiasa menambah baik prosedur kawalan […]

» Read more

Proses Pemeriksaan Puspakom Tak Selari, Rakyat Terbeban – Fatmi Che Salleh

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Dasar kerajaan mesti selari dan diselaraskan dengan baik agar rakyat tidak terbeban dengan prosedur yang tidak masuk akal, tegas Senator Dewan Negara, Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh. Ini kerana katanya, proses pemeriksaan Puspakom yang disifatkan sebagai tidak praktikal dan membebankan pemilik kenderaan, terutamanya berkaitan dengan penggunaan cermin gelap. Jelasnya, kewajaran proses pemeriksaan yang mewajibkan […]

» Read more

Erat Silaturahim… Saarani Santuni Warga Penjara, IPD Tapah

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad telah menyantuni warga Penjara Tapah dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk mengeratkan silaturahim sempena bulan Ramadan pada Selasa. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Saarani yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak memaklumkan beliau telah memenuhi undangan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah […]

» Read more

Program Jelajah Ramadan 2025 Di Libaran Eratkan Ukhwah

LIBARAN, 12 Mac – Ketua Penerangan UMNO Sabah merangkap Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir, mengambil peluang sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan dengan menganjurkan Program Jelajah Ramadan 2025 di beberapa lokasi sekitar kawasan terbabit. Ujar Suhaimi, program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat, selain menyantuni rakyat serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam bulan suci ini. Jelajah Ramadan […]

» Read more

Pemimpin Politik Perlu Bertindak Sebagai Jambatan Perpaduan Bukan Cetus Api – Sultan Pahang

KUANTAN, 12 Mac – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru semua pemimpin khususnya pemimpin politik, agar bertindak sebagai jambatan perpaduan menyatukan rakyat dan bukannya mencetus api membakar hubungan harmoni yang sekian lama terjalin. Baginda bertitah pemimpin haruslah berhenti daripada menjadi ‘badut’ mempolemikkan isu raja, agama dan kaum (3R), sehingga mencetuskan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat. “Biarkanlah pentas ini […]

» Read more

Veteran UMNO Susun Gerak Kerja Bantu BN Pertahan DUN Ayer Kuning

KUALA LUMPUR, 12 Mac – Veteran UMNO Malaysia bersama Veteran UMNO Negeri Perak dan Veteran UMNO Bahagian Tapah telah mengadakan perbincangan pada bagi menyusun strategi gerak kerja membantu calon UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) N48 Ayer Kuning yang akan bermula 12 April ini. Menurut Setiausaha Agung Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakob, fokus utama kempen adalah […]

» Read more
1 492 493 494 495 496 2,257