Jangan Terpedaya Hasutan Pembangkang… Fitnah Dan Penipuan Strategi Utama Mereka – Shahanim

SUNGAI PETANI, 16 Nov – Calon UMNO/Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohd Yusoff berharap rakyat rasional dalam membuat keputusan untuk memilih parti dan pemimpin mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Katanya ini kerana, hasutan daripada pembangkang yang memainkan sentimen mengundi calon BN seperti memilih rasuah adalah suatu yang tidak benar. “Saya hendak bagitahu […]

» Read more

Tolak Parti Lain, Pembangunan Jauh Lebih Pesat Jika BN Mentadbir

JOHOR, 16 Nov – Gerak kerja di negeri Johor akan lebih membangun jika wakil rakyat yang dipilih tediri daripada calon Barisan Nasional (BN). Menurut calon BN Parlimen Simpang Renggam, Datuk Ir Hasni Mohammad, melihat kepada kesemua Dewan Undangan Negeri (DUN) mempunyai wakil rakyat daripada BN, maka keadaan menjadi lebih baik sekiranya wakil rakyat di peringkat Parlimen turut dipilih daripada parti […]

» Read more

Calon BN DUN Manjoi Fokus Tingkatkan Ekonomi Peniaga Kecil, IKS Dan Pelancongan

IPOH, 16 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi Datuk Azizul Kama Abd Aziz memberi komitmen mahu mengembangkan ekonomi peniaga-peniaga kecil dan pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan itu dengan menaik taraf infrastuktur mereka. Begitu juga ujarnya, kemudahan-kemudahan yang ada di kawasan-kawasan pelancongan perlu ditambah baik supaya ia menjadi tarikan pengunjung dan seterusnya […]

» Read more

Satu Undi Amat Bermakna, Penentu Masa Depan Negara – Nawawi

LANGKAWI, 16 Nov – Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad berharap rakyat membuat kewajaran yang sepatutnya dalam memilih pemimpin serta parti yang bakal membawa hala tuju negara untuk tempoh lima tahun akan datang. Katanya, Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) membawa signifikan dan pengajaran yang tersendiri kerana menyaksikan pertama kali parti selain Barisan Nasional (BN) mentadbir negara. “Pada pendapat saya […]

» Read more

Pilih Wakil Yang Benar-benar Bawa Suara Rakyat, Bukan Yang Hanya Pandai Bersandiwara

PASIR GUDANG, 16 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Pasir Gudang Noor Azleen Ambros berharap pengundi dapat membuat keputusan yang tepat di dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) ini. Ujar Exco Pemuda UMNO Malaysia itu, rakyat perlu memilih wakil yang benar-benar serius membawa suara dan kepentingan mereka untuk menjadi wakil di Dewan Rakyat mahupun bagi mewakili kerajaan Persekutuan. “Jadi […]

» Read more

Tengku Zafrul Ajak Pengundi Jayakan Manifesto Iltizam Kuala Selangor, Bukan Janji Palsu

  KUALA SELANGOR, 16 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata iltizam beliau di kawasan berkenaan seperti yang terangkum dalam manifesto khusus adalah semata-mata untuk masyarakat di kawsan tersebut. Jelas beliau selain permasalahan setempat seperti banjir dan lain-lain perkara yang membabitkan penduduk, terdapat beberapa tumpuan lain dalam pelbagai aspek dan […]

» Read more

Ingat Pentadbiran 22 Bulan … ‘Perangkap’ Sama Digunakan PH Dan PN – Saarani

IPOH, 15 Nov – Pengundi negeri Perak perlu mengimbas kembali zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan apabila ramai yang terpedaya dengan janji manis mereka. Berikutan itu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ‘perangkap’ yang mereka gunakan adalah sama, namun kali ini perbezaannya adalah kewujudan Perikatan Nasional (PN), namun masih datang dari pimpinan yang […]

» Read more

Pendidikan, Infrastruktur Termasuk Sukan Agenda Utama Sollehin

BUKIT GANTANG, 15 Nov – Calon UMNO/Barisan Nasional (BN) Parlimen Bukit Gantang, Mohammad Sollehin Mohamad Tajie memberi penekanan kepada beberapa aspek penting untuk dibangunkan sekiranya beliau mendapat mandat rakyat pada 19 Nov ini. Katanya, ini meliputi kepentingan pendidikan di kawasan ini yang menjadi agenda utama beliau bagi memastikan tiada anak muda yang tercicir daripada mendapatkan hak pembelajaran. “Saya mahu mengubah […]

» Read more

Calon Baharu, Anak Tempatan Beri Kelebihan Kepada BN Merbok

MERBOK, 15 Nov – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin meluahkan keyakinan dengan kelebihan dimiliki dirinya iaitu sebagai calon baharu serta anak tempatan. Shaiful berkata ini kerana, sudah semestinya beliau sebagai anak tempatan mengetahui isu-isu tertentu yang menjadi permasalahan kepada rakyat. “Penerimaan rakyat sangat baik, aura positif ada di sini dan ditambah dengan […]

» Read more

Kenyataan Takiyuddin Jelas Buktikan PN Tidak Mampu Bentuk Kerajaan – Ahmad Shabery

KUALA LUMPUR, 15 Nov – Kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengenai Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) mungkin bergabung selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 menunjukkan bahawa gabungan mereka tidak mampu untuk membentuk kerajaan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kenyataan tersebut sekaligus menafikan dakwaan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri […]

» Read more
1 401 402 403 404 405 1,527