UMNO Sabah Gesa Siasatan Isu RM14 Juta MUIS Diperluas, Tuntut Audit Forensik Menyeluruh

KOTA KINABALU, 4 Nov – UMNO Sabah menggesa agar siasatan terhadap dakwaan pemindahan dana RM14 juta dalam Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) diperluaskan, termasuk pelaksanaan audit forensik penuh ke atas keseluruhan rekod kewangan agensi berkenaan. Pengarah Komunikasi Strategik UMNO Sabah, Datu Rosman Datu Ahir Zaman, berkata isu itu bukan perkara kecil atau kesilapan teknikal yang boleh diselesaikan dengan alasan “penambahbaikan […]

» Read more

Kerajaan Negeri Dalam Usaha Tingkat Kualiti, Kuantiti RMMJ – Mohd Jafni

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Kerajaan Negeri Johor bersama Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor sedang dalam usaha untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), kata Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau memaklumkan satu sesi sembang santai perumahan bersama wakil-wakil belia Johor telah diadakan pada Isnin […]

» Read more

Yayasan Pelajaran MARA & UMNO Ranau Terus Komited Perkasa Pendidikan Luar Bandar

RANAU, 4 Nov – Usaha berterusan dalam memperkukuh agenda pendidikan luar bandar terus menjadi fokus utama apabila Majlis Penyerahan Sumbangan Pendidikan anjuran Yayasan Pelajaran MARA (YPM) dengan kerjasama UMNO Bahagian Ranau berjaya dilaksanakan di tiga kawasan iaitu Bongkud, Nopong dan Narawang, semalam. Majlis berkenaan disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Ranau merangkap Pengerusi Barisan Nasional P.179 Ranau, Datuk Junaidi Sahat, yang […]

» Read more

TPM Ahmad Zahid Adakan Lawatan Kerja Ke China Dari 4 Hingga 7 Nov

SHANGHAI, 4 Nov: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan lawatan kerja empat hari ke Republik Rakyat China bermula hari ini hingga 7 Nov. Beliau akan diiringi pegawai kanan kementerian dan agensi berkaitan, serta wakil perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia. Lawatan ini merupakan kunjungan pertama beliau ke China pada tahun 2025 dan menzahirkan komitmen berterusan […]

» Read more

KKDW Fokus Tingkat Keberkesanan Projek Pembangunan Luar Bandar

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan komitmen Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam memastikan setiap projek pembangunan luar bandar dilaksanakan secara cekap, berimpak tinggi serta berpaksikan kesejahteraan rakyat. Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan KKDW (MTPK) Bil. 2 Tahun 2025 semalam, yang bertujuan meneliti prestasi pelaksanaan projek, […]

» Read more

Azuwan Marjan Ajak Rakyat Kembali Sokong BN, Beri Peluang Tadbir Semula Sabah

KOTA BELUD, 3 Nov – Ketua UMNO Bahagian Kota Belud, Azuwan Marjan, menyeru seluruh rakyat khususnya di kawasan Kota Belud agar memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk kembali menerajui tampuk kepimpinan Kerajaan Negeri Sabah selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijadualkan berlangsung pada 29 November ini. Menurut Azuwan, BN kali ini tampil dengan semangat baharu serta barisan kepimpinan yang […]

» Read more

Hospital Pengajar UMS Dijangka Siap Sepenuhnya Pada Disember – Zambry

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memaklumkan bahawa projek Hospital Pengajar Universiti Malaysia Sabah (HUMS) dijangka siap sepenuhnya pada Disember 2025. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, ia bermula dengan keluluskan projek hospital pengajar universiti berkenaan pada tahun 2017 dan pembinaannya telah bermula pada tahun yang sama. “Pembinaannya telah […]

» Read more

Abdul Rahman Noh Seru Rakyat Bersatu Hadapi PRN Sabah, Setia Untuk BN

SIPITANG, 3 Nov — Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang bakal berlangsung hujung bulan ini, Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Abdul Rahman Noh, menegaskan komitmennya untuk menjadikan Sindumin sebagai kawasan contoh yang maju, bersatu padu dan berdaya saing di Pantai Barat Selatan Sabah. Menurut beliau, Sindumin merupakan kawasan strategik yang memainkan peranan penting dalam menentukan arah pembangunan di bahagian selatan […]

» Read more

Perkukuh Kualiti Pendidikan Awal Kanak-kanak Melalui Kerjasama Dengan Swasta

KUALA LUMPUR, 3 Nov –Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Mohd Shahar Abdullah mengetengahkan isu pendidikan awal kanak-kanak di Dewan Rakyat hari ini, dengan menekankan kepentingan meningkatkan kualiti prasekolah di seluruh negara. Beliau yang juga Pengerusi Backbenchers bertanya sejauh mana strategi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam menjalin kerjasama dengan pihak swasta untuk dalam menambahbaik jurang kualiti pendidikan awal “Bagaimanakah Kementerian merangka […]

» Read more

Pahang Akan Terus Jadi Destinasi Pelaburan, Hab Industri Strategik

KUALA LUMPUR, 3 Nov – Kerajaan Negeri dan Persekutuan akan terus memastikan Pahang kekal menjadi destinasi pelaburan utama serta hab industri strategik di Pantai Timur. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan beliau telah ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jabatan Tenaga Manusia (JTM) Kampus Kuantan di Gebeng untuk Sesi Ramah Mesra Bersama Penggerak Industri Kuantan, pada […]

» Read more
1 357 358 359 360 361 2,359