Seludup Diesel, Ahmad Maslan Cadang Usaha Sepadu Disegerakan

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan mencadangkan agar usaha sepadu kementerian-kementerian disegerakan bagi membendung kegiatan penyeludupan diesel. Tegasnya, berbilion ringgit subsidi diesel diseludup di sempadan dan ianya dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. “Berbilion ringgit diesel subsidi diseludup di sempadan, di tengah laut dan lain-lain. “Betapa banyak wang yang sepatutnya rakyat terima untuk bantuan dan […]

» Read more

Ops Khas Di Kawasan Kritikal, Susulan Amaran Gelombang Baharu Hujan Lebat – Onn Hafiz

JOHOR BAHRU, 5 Mac – Operasi khas di kawasan kritikal banjir di negeri ini dijalankan bagi membantu mangsa di kawasan terlibat, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi. Beliau telah memanggil mesyuarat koordinasi gerak kerja bersama pegawai-pegawai Daerah dan agensi-agensi di Bilik Gerakan Bencana Banjir Negeri Johor, malam tadi. “Operasi khas di kawasan yang kritikal sedang dan akan diteruskan […]

» Read more

Chaah Tiada Bekalan Air Bersih Susulan Paip Pecah Dibawa Arus

JOHOR BAHRU, 4 Mac – Selain banjir Chaah di Segamat, juga mengalami isu tiada bekalan air bersih susulan paip utama yang hanyut dan pecah akibat arus deras. Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata punca ketiadaan air, disebabkan paip utama di Jambatan Sungai Chaah yang hanyut dan pecah akibat arus deras. “Ia sekali gus mengakibatkan gangguan kepada 3,962 akaun […]

» Read more

Pahang Hantar Bantuan Banjir Kepada Johor

KUANTAN, 3 Mac – Prihatin dengan keadaan mangsa banjir di Johor, kerajaan Pahang menyampaikan bantuan barangan berjumlah hampir RM80,000, bagi meringankan beban penduduk yang terjejas akibat bencana itu. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sumbangan itu, merupakan sokongan moral dari Pahang kepada Johor yang dikatakan agak kritikal, selepas negeri berkenaan mula dilanda banjir awal minggu ini. […]

» Read more

Kes Pinda Laporan Audit 1MDB: Mahkamah Tinggi Bebas Dan Lepas Najib, Arul Kanda

KUALA LUMPUR, 3 Mac – Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan dan melepaskan Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB. Hakim Mohamed Zaini Mazlan, yang kini Hakim Mahkamah Rayuan, berkata pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie case terhadap kedua-dua mereka di akhir kes […]

» Read more

Pemilihan UMNO: Lapan Calon Sah Rebut Jawatan Naib Presiden

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Pemilihan UMNO bagi sesi 2023/2026 menyaksikan lapan calon sah merebut jawatan Naib Presiden parti itu. Dua daripada calon itu ialah penyandang jawatan berkenaan iaitu Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan bekas Ahli Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid. Tiga lagi calon ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) […]

» Read more

JPU Ingatkan Calon Jaga Nama Baik Parti, Patuh Tataetika Sepanjang Pemilihan UMNO 2023

  KUALA LUMPUR, 2 Mac – Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad mengingatkan para calon yang menawarkan diri bagi sesuatu jawatan untuk menjaga nama baik parti dan mematuhi tataetika sepanjang musim pemilihan ini. Ini kerana katanya, para calon perlu ingat bahawa sebenarnya mereka menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti, rakyat dan juga negara. “Bagi yang bertanding, harus […]

» Read more

Pemilihan 2023: Pilih Pemimpin Komited, Banyak Berbakti… Tekad Bawa Perjuangan UMNO – SUA

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berharap perwakilan yang bakal mengundi pada Pemilihan parti bagi sesi 2023/2026 ini dapat memilih pemimpin yang komited dalam meneruskan perjuangan UMNO. Katanya ini penting bagi memastikan UMNO terus didukung oleh pemimpin yang ikhlas dalam membawa aspirasi parti keramat ini. “Perwakilan pun sudah tahu siapa yang akan diundi, mereka […]

» Read more

Proses Lancar, Lebih 50 Calon Puteri UMNO Tawar Diri – Mustapha Yaakub

KUALA LUMPUR, 2 Mac – Cabutan nombor calon-calon Pergerakan Puteri UMNO Malaysia sempena Pemilihan UMNO bagi penggal 2023/2026 telah selesai dilaksanakan dengan lancar hari ini. Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Datuk Mustapha Yaakub berkata, lebih 50 orang calon telah menawarkan diri bagi mengisi jawatan-jawatan yang dipertandingkan sepanjang musim pemilihan ini. “Alhamdulilah cabutan nombor-nombor calon bagi Pergerakan Puteri UMNO Malaysia telah […]

» Read more
1 346 347 348 349 350 1,537