Bukan Hanya Kerana PRN… UMNO Sipitang Terus Perkukuh Semangat Juang Dan Prihatin Rakyat

SIPITANG, 15 Okt – Deru angin perjuangan semakin terasa, menandakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 kian hampir. Namun bagi Ketua UMNO Bahagian Sipitang, Abdul Rahman Noh, perjuangan yang akan digalas bukan sekadar untuk nama, tetapi atas tanggungjawab dan amanah terhadap rakyat dan parti. “Yang akan melangkah ke gelanggang bukan kerana nama, tetapi kerana tanggungjawab untuk berjuang demi rakyat dan […]

» Read more

Kembalikan Hukuman Rotan, Demi Bentuk Disiplin Pelajar

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Buloh, Zuree Affendie Dzuraimi mencadangkan agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempertimbangkan semula kuasa merotan kepada guru, khususnya guru disiplin dan pentadbir sekolah. Katanya langkah ini bukan bertujuan untuk menghukum secara semberono tetapi sebagai pendidikan berbentuk pengajaran dan pembentukan akhlak agar pelajar lebih berdisiplin dan menghormati peraturan sekolah. “Mutakhir ini, […]

» Read more

Terima Kasih KKDW Bukti Keprihatinan Terhadap Rakyat Pendang

PENDANG, 15 Okt – Ketua UMNO Bahagian Pendang, Datuk Suraya Yaacob, berkata pelaksanaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) membuktikan keprihatinan kerajaan dalam memastikan rakyat luar bandar menikmati kehidupan yang lebih selesa dan sejahtera. Beliau yang juga Pengerusi Penasihat Program KEDA Parlimen Pendang baru-baru ini telah menyantuni warga Kampung Paya Nedam bagi menyerahkan kunci […]

» Read more

Duta Kecil Malaysia Bawa Nama Negara Di Bumi Kemboja – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan rasa bangga terhadap semangat patriotik rakyat Malaysia yang menetap di luar negara, khususnya di Kemboja, yang terus membawa nama negara dengan penuh kebanggaan. Menurut beliau, setiap kali mengadakan lawatan rasmi ke luar negara, detik paling bermakna ialah ketika berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama komuniti […]

» Read more

Cukuplah… Keselamatan Pelajar Bukan Lagi Isu Pinggiran – Norliza

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim meluahkan rasa kecewa dan kebimbangan terhadap insiden-insiden yang terus berlaku melibatkan keselamatan pelajar di sekolah, sambil menegaskan bahawa sudah tiba masanya tindakan tegas dan menyeluruh diambil bagi melindungi generasi muda negara. “Beyond speechless. Belum reda satu kes, timbul pula kes yang baru,” katanya dalam satu […]

» Read more

PRN Sabah: Calon Muda, Segar, Berwibawa Mampu Perjuangkan Aspirasi Rakyat

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Barisan Nasional (BN) Sabah bakal menampilkan barisan calon yang segar dan berwibawa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 dengan hampir 80 peratus terdiri daripada muka baharu serta golongan muda. Bendahari Pemuda UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Dr Anil Sandhu berkata, langkah itu selaras dengan makluman Ketua UMNO Sabah merangkap Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri […]

» Read more

Kembalikan Hukuman Rotan, Bimbang Krisis Moral Pelajar Semakin Parah

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Akmal Saleh mencadangkan agar kuasa merotan dikembalikan kepada guru sebagai salah satu langkah mendidik dan membentuk disiplin pelajar di sekolah. Beliau berpandangan, tindakan tersebut perlu dipertimbangkan secara serius susulan beberapa insiden membimbangkan melibatkan pelajar sekolah kebelakangan ini yang menunjukkan tanda-tanda krisis disiplin dan keruntuhan moral dalam kalangan generasi […]

» Read more

Isu Penjualan Maklumat Taktikal Negara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Langkah kerajaan mengembalikan kepercayaan rakyat susulan pendedahan media tentang penjualan maklumat keselamatan taktikal negara kepada pihak luar antara perkara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, persoalan itu dibangkitkan Datuk Khlir Mohd Nor (PN-Ketereh) kepada Menteri Pertahanan yang ingin mengetahui langkah-langkah damage control yang telah […]

» Read more

Malaysia-Kemboja Perkukuh Kerjasama Tangani Isu Dadah, Keselamatan Serantau

KUALA LUMPUR, 15 Okt – Malaysia dan Kemboja sepakat memperkukuh kerjasama dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah rentas sempadan serta mempertingkatkan keselamatan serantau. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata agenda berkenaan telah dibincangkan ketika pertemuan bersama Timbalan Perdana Menteri Kemboja Neth Savoeun di Phnom Penh, semalam. “Pertemuan ini menjadi wadah penting untuk kami menilai semula pencapaian kerjasama […]

» Read more

Insiden Pembunuhan Pelajar, Dr Asyraf Luah Kebimbangan Krisis Moral Remaja

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan rasa hiba dan bimbang dengan insiden pembunuhan pelajar di sebuah sekolah yang berlaku hari ini. Beliau yang juga Pengerusi MARA menyifatkan kejadian itu amat mengejutkan apatah lagi ia berlaku di institusi pendidikan yang sepatutnya menjadi tempat selamat buat para pelajar. “Pemikiran saya amat terganggu dan jiwa […]

» Read more
1 260 261 262 263 264 2,246