Kemenangan Tok Mat Mesej Pengundi Tolak PH – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 13 April – Kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau suatu mesej bahawa Pakatan Harapan (PH) telah ditolak oleh pengundi-pengundi yang merasakan mereka telah tersalah sokong pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Tok Mat telah memperoleh 10,397 undi menewaskan calon PH […]

» Read more

PRK DUN Rantau: BN Menang, PH Tumbukan Melayang

REMBAU, 13 April – Barisan Nasional (BN) berjaya mencipta ‘hatrik’ apabila menang di Pilihan Raya Kecil (PRK) N.27 Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau. Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan memperoleh 10,397 undi menewaskan calon dari Pakatan Harapan (PH) dan dua calon Bebas. Majoriti yang diperoleh Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN adalah sebanyak 4,510 PH yang diwakili calon dari parti […]

» Read more

UMNO Johor Akur Cadangan Sultan Johor

JOHOR BAHRU 13 April – UMNO Johor akur cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak akan diteruskan bagi mengelak berlakunya krisis perlembagaan. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ir Hasni Mohamad berkata, cadangan untuk tidak meneruskan pembubaran itu dizahirkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semasa beliau menghadap baginda di Istana Pasir Pelangi pada 11 pagi ini. “Saya menerima cadangan […]

» Read more

Hina Agong: Perkukuhkan Akta Hasutan

KUALA LUMPUR 13 April – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa meneliti semula undang-undang sedia ada bagi tujuan mengekang perbuatan menghina institusi diraja daripada berlarutan. Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, undang-undang khas itu perlu digubal segera susulan beberapa tindakan pengguna media sosial yang memuat naik status, gambar serta komen menghina institusi Raja-raja Melayu. Menurut beliau, dalam kes terbaharu […]

» Read more

Proses Pengundian Tenang, Harap Pengundi Terus Keluar

REMBAU, 13 April – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melihat proses pengundian yang berlangsung hari ini pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau berjalan dengan tenang dan itulah yang diharapkan supaya pengundi dapat keluar mengundi dengan selesa. Namun pada masa yang sama beliau mengharapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) SPR perlu lebih profesional kerana mereka […]

» Read more

Laungan ‘Tok Mat’, Pengantin Baru Warnai Hari Mengundi

REMBAU,13 April – Laungan ‘Tok Mat’…’Tok Mat’…’Tok Mat’ dan diselang seli ‘Nombor Satu’ mewarnai suasana hari pengundian hari ini di beberapa pusat pengundian yang dibuka mulai jam 8.0 pagi tadi. Perayu-perayu undi yang berada di kawasan yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) cukup bersemangat dan masing-masing tidak lekang mengangkat poster calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan atau […]

» Read more

Pengundian PRK DUN Rantau Bermula

SEREMBAN, 13 April – Pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau bermula sebaik sahaja 14 pusat mengundi membabitkan 53 saluran dibuka tepat pada pukul 8 pagi ini. Proses mengundi yang berlangsung sembilan jam setengah itu membabitkan seramai 20,793 orang daripada keseluruhan 20,804 orang pengundi biasa layak mengundi dengan 11 daripadanya mengundi secara pos, sebelum ia ditutup […]

» Read more

Rantau Memilih: Semoga Tok Mat Beroleh Kemenangan

RANTAU, 13 April – Tepat jam 8 pagi, pusat-pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau dibuka bagi memberi laluan kepada 20,793 pengundi biasa menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi kawasan tersebut. PRK DUN Rantau melibatkan empat penjuru di mana Barisan Nasional (BN) menampilkan penyandang, Datuk Seri Mohamad Hasan, anak kelahiran Rantau manakala Pakatan Harapan (PH) […]

» Read more

Hasut Dan Fitnah: Wajah Rasis Dap Terserlah Dalam Ucapan Kempen Kulasegaran Di Rantau

KUALA LUMPUR, 12 April – “Nampaknya Menteri Sumber Manusia, YB M. Kulasegaran masih tidak belajar dari insiden yang lepas,” tegas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Katanya, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah mengingatkan kepada beliau tahun lepas agar tidak menjolok sarang tebuan namun beliau tetap bersikap rasis dan masih angkuh bermain dengan sentimen perkauman demi meraih undi […]

» Read more

Pengalaman Berkempen Di Rantau Berbeza, Pengundi Tanpa Segan Silu Mengaku Orang Tok Mat

REMBAU, 12 April – Ketua UMNO Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said melihat kempen-kempen yang dilakukan oleh Pakatan Harapan (PH) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau seolah-olah meletakkan diri mereka sebagai pembangkang apabila kempen mereka lebih kepada soal peribadi. Menurut beliau sepatutnya sebagai kerajaan, mereka perlu berkempen dengan menawarkan apa yang ingin dilaksanakan untuk rakyat […]

» Read more
1 … 2,241 2,242 2,243 2,244 2,245 … 2,383