UMNO Pasca PRU-14 Lahirkan Pejuang Yang Benar-benar Ikhlas

KUALA LUMPUR, 3 Julai – Pemangku Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Musliati Muslimin berkata sokongan akar umbi terhadap parti yang terlalu banyak berjasa kepada rakyat ini tidak pernah padam biarpun kuasa bukan lagi ditangan.

Katanya, UMNO pasca kekalahan ini telah melahirkan generasi-generasi baru yang benar-benar ikhlas berjuang demi mengekalkan maruah dan martabat agama, bangsa dan negara.

“Hari ini kita melihat UMNO benar-benar yang sepenuhnya berjuang untuk agama, bangsa dan negara dalam keadaan yang terhimpit dan ditekan dari pelbagai sudut,” katanya kepada UMNO Online.
Namun begitu kakanya, beliau bersyukur kerana majoriti ahli-ahli UMNO di Bahagian Kota Kinabalu masih kekal untuk terus menyokong parti.

“Kita ahli akar umbi di UMNO Kota Kinabalu majoritinya masih kekal, setia dan teguh. Kita membuktikan mereka yang menjadi ahli UMNO adalah golongan yang ikhlas berjuang dan bukannya mengejar kepentingan.

“Lebih dari itu, rakyat hari ini juga semakin muak dengan kerajaan pusat dan kerajaan Negeri Sabah. Terlalu banyak isu-isu utama seperti kemerosotan ekonomi, keharmonian, fitnah dan permainan politik kotor yang menyebabkan anak-anak muda hari ini menolak kerajaan Pakatan Harapan (PH).”

Lantaran itu tegasnya, keyakinan akar umbi untuk kekal dalam perjuangan UMNO amat tinggi.

Dalam masa yang sama, beliau memaklumkan bahawa persediaan bagi melaksanakan mesyuarat perwakilan bahagian sedang dilakukan walaupun dirancang dalam suasana sederhana.

“Mesyuarat bahagian akan dijalankan pada 27 Julai. Kami bersyukur dan terharu kerana Naib Presiden UMNO, Datuk Ismail Sabri Yaakob telah bersetuju untuk merasmikan mesyuarat ini dan majlis ini diadakan secara sederhana kerana kita memahami kekangan yang sedang melanda UMNO.” – MediaUMNO

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.