Kerajaan Negeri Pahang Sentiasa Komited Sokong Pembangunan Pendidikan

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Kerajaan Negeri Pahang sentiasa komited untuk menyokong pembangunan pendidikan dan melahirkan bakat-bakat baharu yang mampu menyumbang kepada kemajuan negeri serta negara. Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menerusi hantaran di laman Facebooknya memaklumkan beliau telah hadir untuk meraikan 623 graduan dalam Majlis Konvokesyen 2025 Universiti Kolej Yayasan Pahang (UCYP) dan Kolej Yayasan […]

» Read more

PRN Sabah… Kertas Ujian ‘Litmus’, Nilai Kedudukan UMNO/BN Dalam Halatuju Politik

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berpandangan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah adalah umpama kertas ujian ‘litmus’ untuk menilai kedudukan UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam halatuju politik. Menerusi hantaran di laman Facebooknya beliau menegaskan bahawa BN masih lagi parti yang terbaik di antara ketiga-tiga parti semenanjung yang bertanding pada PRN Sabah. […]

» Read more

Saarani Turun Padang, Santuni Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad untuk menyantuni mangsa yang terkesan akibat bencana banjir pada Ahad. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau juga telah turun untuk meninjau jalan utama penduduk Pulau Pangkor yang retak akibat hujan lebat yang berterusan. “Turun ke Pulau Pangkor setelah dimaklumkan mengenai kejadian jalan utama retak akibat hujan lebat berterusan […]

» Read more

PRN Sabah: Muhasabah… Bangkit, Kembali Lebih Kuat – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 1 Dis – Timbalan Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyeru seluruh pejuang UMNO untuk menjadikan keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah sebagai satu muhasabah dan kembali bangkit dengan lebih kuat. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, para pemimpin UMNO Sabah ikhlas menerima keputusan yang terzahir dari suara […]

» Read more

Tindakan Susulan Kerajaan Berhubung Pulau Batu Puteh Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Perancangan dan tindakan susulan kerajaan berhubung Pulau Batu Puteh (Pedra Branca), antara yang dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, Manndzri Nasib (BN-Tenggara) bertanyakan Menteri Luar mengenai perkara itu serta langkah diplomatik, undang-undang dan rundingan dua hala dengan Singapura bagi memastikan kedaulatan serta kepentingan maritim negara terus […]

» Read more

Raikan Semangat Demokrasi, Norliza Ucap Terima Kasih kepada Pengundi dan Jentera BN PRN Sabah

KUALA LUMPUR, 30 Nov – Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Norliza Abdul Rahim menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh pengundi Sabah yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah dengan penuh kesedaran serta semangat demokrasi. Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengundi yang memberikan kepercayaan dan sokongan kepada calon-calon Barisan Nasional (BN), sambil […]

» Read more

BN Hormati Keputusan PRN Sabah 2025, Sedia Bekerjasama Bentuk Kerajaan Stabil

KOTA KINABALU, 29 Nov — Barisan Nasional (BN) merakamkan penghargaan kepada semua pengundi di Sabah yang telah memberikan kepercayaan kepada calon-calon parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, proses pilihan raya yang menyaksikan 596 calon bertanding itu membuktikan kesuburan demokrasi di negeri berkenaan. “Keputusan ini membuktikan bahawa Barisan Nasional […]

» Read more

PRN Sabah: Keputusan Tidak Rasmi, Tiada Parti Boleh Bentuk Kerajaan

KOTA KINABALU, 29 Nov – Proses pengiraan undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sedang berlangsung dan keputusan tidak rasmi setakat jam 8.30 malam menunjukkan BN menang di sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Hal ini disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi laman Facebooknya. Setakat ini keputusan tidak rasmi, BN menang di: 1. Lamag 2. […]

» Read more

PRN Sabah: Semua 882 Pusat Mengundi Ditutup 5.30 Petang

KOTA KINABALU, 29 Nov – Kesemua 882 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 telah ditutup sepenuhnya pada 5.30 petang ini. Penutupan pusat-pusat pengundian melibatkan 3,599 saluran itu dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan dan jumlah pengundi berdaftar, selepas dibuka tepat 7.30 pagi tadi. Lebih 1.74 juta pengundi biasa layak menunaikan hak mereka hari ini bagi memilih wakil rakyat […]

» Read more

Ahmad Zahid Ingatkan Rakyat Berwaspada Dengan Paras Air Sungai

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap paras air sungai di kawasan masing-masing berikutan cuaca tidak menentu dan hujan berterusan di beberapa negeri. Menurut beliau, laporan terkini daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menunjukkan beberapa sungai di Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu […]

» Read more
1 210 211 212 213 214 2,244