TPM Ahmad Zahid Bincang Notis Amaran Ladang Felda, FGV Dengan MB Terengganu

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berhubung isu notis amaran yang dikeluarkan ke atas lot ladang milik Felda dan FGV Holdings Berhad (FGV). Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata isu berkenaan wajar dibincangkan memandangkan Felda […]

» Read more

IBTEC Bakal Pemacu Ekonomi Baharu, Angkat Johor Sebagai Pusat Pelaburan Berkualiti

KUALA LUMPUR, 3 Dis -Ibrahim Technopolis (IBTEC) bakal menjadi pemacu baharu yang mengangkat Johor sebagai pusat inovasi, pelaburan berkualiti dan ekonomi masa depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor. Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Mohd Jafni memaklumkan bahawa beliau telah hadir ke Majlis Pelancaran IBTEC di Dataran Mahkota, Kota Iskandar pada Rabu. “Menjunjung […]

» Read more

FELCRA Catat Kejayaan Baharu, Terima Dividen RM28.1 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Dis – FELCRA Berhad telah mencatat kejayaan baharu apabila menerima dividen berjumlah RM28.1 juta daripada 13 anak syarikat dan syarikat bersekutu. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, beliau telah mengadakan pertemuan bersama Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Berhad pada Selasa. “Di penghujung tahun ini, saya mengambil kesempatan untuk bertemu […]

» Read more

Dakwa PPRT Kampung Tawai Batal: Saarani Sanggah Fitnah ADUN Kenering

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyanggah fitnah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kenering, Mohamad Husairi Ariffin yang menyatakan kononnya sebuah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Tawai, Gerik dibatalkan. Ujarnya, maklumat tersebut adalah tidak benar sama sekali selepas diselidik dan dirujuk kepada pihak-pihak berkaitan. “Walaupun saya ucap terima kasih, kita berbahas dengan […]

» Read more

BN Hadir Sebagai Solusi, Bukan Punca Masalah – Jafry

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Barisan Nasional  (BN) Sabah menerima dengan terbuka keputusan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu selain tidak mempunyai kuasa untuk membentuk kerajaan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, Datuk Jafry Ariffin berkata dalam sistem demokrasi, suara rakyat adalah mandat tertinggi. Menurut beliau yang dilantik Ahli Kabinet Kerajaan Sabah yang baharu, BN negeri telah bersedia […]

» Read more

MARA Peruntuk RM30 Juta Dana Pembiayaan Perkukuh Usahawan Perak

IPOH, 3 Dis – Majlis Amanah Rakyat (MARA) memperuntukkan dana pembiayaan sebanyak RM30 juta kepada usahawan di Perak pada tahun depan bagi membantu mereka memperkukuh perniagaan, seterusnya menembusi pasaran antarabangsa. Pengerusi MARA Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata pada tahun ini, hampir RM26 juta diperuntukkan untuk pembangunan usahawan bumiputera negeri Perak meliputi pembiayaan, latihan keusahawanan, sesi pementoran dan khidmat perunding. “Kita […]

» Read more

Kejayaan Kontinjen Malaysia Di WorldSkills Asia 2025 Bukti Kehebatan TVET Negara – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Pencapaian Malaysia meraih tempat ketiga di WorldSkills Asia (WSA) Taipei 2025 membuktikan anak muda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara memiliki kemahiran bertaraf dunia serta mampu bersaing dengan negara terbaik di Asia. Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kejayaan itu menjadi satu lagi detik manis buat Malaysia dan mengangkat […]

» Read more

Padanan Pekerjaan: Pendekatan Berasas Data Terus Diperkukuh – Abdul Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Untuk memastikan padanan pekerjaan inklusif, pendekatan berasaskan data dan libat urus industri terus diperkukuhkan termasuk pelaporan jawatan kosong secara berfasa, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) mengambil maklum mengenai sebahagian kekangan padanan pekerjaan adalah berpunca daripada keperluan […]

» Read more

Kerajaan Negeri Melaka Komited Pastikan Bekalan Air Stabil dan Mampan

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menyatakan komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memberikan tumpuan terhadap isu bekalan air demi kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri. Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, pendekatan holistik dan kerjasama antara kerajaan negeri dan Persekutuan amat penting bagi memastikan pengurusan air dilaksanakan secara berkesan. “Kerajaan Negeri […]

» Read more

Tuntutan Palsu PERKESO: Jempol Cadang SOP Diperketatkan

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamsulkahar Mohd Deli berpandangan bahawa prosedur operasi standard (SOP) dan mekanisme kawalan dalaman perlu diperketatkan untuk mengelakkan kes penipuan tuntutan PERKESO. Ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat sebentar tadi, beliau berpandangan bahawa risiko penyalahgunaan dan ketirisan dana boleh menjadi jauh lebih besar sekiranya perkara tersebut tidak diberikan tumpuan ketika Skim Kemalangan […]

» Read more
1 208 209 210 211 212 2,244