Iklan ‘Sugarbook’: PH Tak Peka… DBKL Harus Tegas, Ambil Serius

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Selangor Rizam Ismail mendesak agar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mengambil serius dengan memantau setiap permohonan iklan selepas ini supaya tiada kejadian seperti papan tanda pelacuran berulang lagi. Jelas beliau, ternyata Pakatan Harapan (PH) tidak peka kerana sepatutnya mereka faham bahawa iklan seperti ‘sugarbook’ begitu sensitif dalam norma kehidupan […]

» Read more

Dividen Rendah: Jangan Terpedaya Helah, Sandiwara Dap – Amran

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB), Tabung Haji (TH) yang tersangat rendah dan kaitan pengumuman Menteri Kewangan dari Dap Lim Guan Eng bahawa pemaju Bandar Malaysia akan membayar RM6.5 bilion dalam masa tiga tahun kepada kerajaan mempunyai makna yang tersirat, dakwa Bekas Pemikir Publisiti Pengundi Melayu Dap, Amran Ahmad. Katanya, semua itu adalah strategi kerajaan Pakatan […]

» Read more

Kerajaan Pahang Siap Siaga Berdepan Bencana Banjir

KUANTAN, 19 Dis – Kerajaan Negeri Pahang melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang telah bersiap siaga dengan menyediakan 118 Pangkalan Hadapan dan 661 Pusat Pemindahan Sementara di seluruh daerah bagi menghadapi bencana banjir di Pahang bagi Tahun 2019. Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan bahawa Pangkalan Hadapan ini diwujudkan sebagai tempat penyimpanan bekalan makanan dan keperluan mangsa bencana. […]

» Read more

‘Billboard Sugarbook’: Rahmatan Lil Alamin PH Sekadar ‘Make-up’ Konon Jaga Islam

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Penganalisis politik tempatan, Dr. Mohammad Tawfik Yaakub berkata, papan tanda gergasi mempromosikan pelacuran secara jelas memperlihatkan bahawa konsep ‘rahmatan lil alamin’ yang dibawa oleh Pakatan Harapan (PH) sekadar ‘make-up’ untuk mencantikkan rupa mereka demi menunjukkan kononnya PH tidak melupakan Islam. Namun jelas beliau, hakikat dan kenyataan sebenar, pentadbiran PH tidak langsung menjaga kepentingan Islam sebagai […]

» Read more

Dividen ASB Terendah: Dua Tahun PH Pegang Rekod, Masih Salahkan BN? Soal Shahar

KUANTAN, 19 Dis – Setelah dua tahun menjadi pemegang rekod pemberian dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) terendah dalam sejarah, apakah penjelasan kerajaan Pakatan Harapan (PH), soal Ahli Parlimen Paya Besar Shahar Abdullah. Soalnya juga, adakah PH masih mahu menyalahkan kerajaan terdahulu, Barisan Nasional (BN). “Rasa amat sedih terutamanya kepada orang-orang kampung, anak-anak muda yang menjadi majoriti pelabur-pelabur ASB, yang mengharapkan […]

» Read more

SD Azilah Hadri: Rakyat Bijak Menilai, Sedar Permainan Politik Persepsi PH – Zahid

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin rakyat sedar tuduhan terbaharu yang dilemparkan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah permainan politik persepsi terbaharu yang cuba dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH). Tegasnya dalam satu hantaran di Facebook, ia juga adalah usaha PH untuk mengalihkan fokus kemarahan rakyat […]

» Read more

Papan Tanda Promosi Pelacuran Bukti Pentadbiran PH Caca Marba

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Wanita UMNO Malaysia melahirkan rasa kesal dengan kegagalan terbaru kerajaan di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang ‘terlepas pandang’ sehingga tersiarnya iklan gergasi mempromosikan pelacuran. Ketuanya Datuk Dr. Noraini Ahmad berkata, ini jelas menunjukkan betapa caca marbanya pentadbiran PH sehinggakan perkara sebegini boleh terlepas pandang. “Walaupun iklan tersebut telah ditarik balik tetapi ia secara total […]

» Read more

Hadiah PH Kepada Melayu/Bumiputera, Dividen ASB ‘Paling Tinggi’ – Zahida

KUALA LUMPUR, 18 Dis – “Ini adalah dividen yang ‘paling tinggi’ dalam sejarah tamadun manusia,” sinis Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Datuk Zahida Zarik Khan. Bidasnya, sudah pastinya kadar dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) tahun ini ‘sangat tinggi’ berbanding tahun-tahun sebelum ini adalah hasil daripada kecekapan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dari Dap dan menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) yang lain. […]

» Read more

Promosi Pelacuran… Apa Nak Jadi Dengan Malaysia Baru?

DAMANSARA, 18 Dis – Naib Pemuda UMNO Selangor, Amin Mohd Shukor membidas Kementerian Wilayah Persekutuan apabila membenarkan ‘billboard’ yang mempromosikan pelacuran diiklankan secara terbuka. Jelas beliau, adakah ini Malaysia Baru yang cuba dibawa oleh Pakatan Harapan (PH) dalam pentadbiran mereka tanpa memikirkan impak buruk yang bakal merosakkan anak bangsa masa hadapan. “Pada pandangan saya, tindakan kononnya ‘terlepas pandang’ membenarkan ‘billboard’ […]

» Read more

Bandar Malaysia: PH U-Turn, Kerajaan Paling Hipokrit – Dr Shamsul Anuar

KUALA LUMPUR, 18 Dis – Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berharap rakyat Malaysia memahami pimpinan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah terdiri daripada mereka yang pembohong dan pemutarbelit. Tegasnya, dulu cakap lain sekarang cakap lain dan semuanya kerana inginkan kuasa. “Bandar Malaysia… entahlah terlalu banyak sangat U-turn Kerajaan PH ni. Apapun inilah kerajaan paling ‘hipokrit’ yang rakyat […]

» Read more
1 … 2,070 2,071 2,072 2,073 2,074 … 2,380