Bersabar dan Berdoa Negara Pulih Dari Wabak COVID-19 – Zahid


KUALA LUMPUR, 26 Mac – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak rakyat bersabar dan terus berdoa agar negara pulih segera dari wabak COVID-19.

“Berada di rumah akan dapat memutuskan rantai penyebaran virus corona. Bersabarlah dan berdoa agar negara kita pulih segera daripada wabak ini,” katanya.

Sebelum itu beliau melahirkan penghargaan terhadap sikap masyarakat Telugu yang kali ini menyambut tahun baharu di rumah ekoran Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP).

“Saya menghargai sikap masyarakat Telugu yg menyambut tahun baharu di rumah kerana wabak Covid-19,” katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional menerusi facebooknya, malam tadi.

Dilaporkan, PKP) yang sepatutnya berakhir lima hari lagi dilanjutkan sehingga 14 April depan, dan hari ini merupakan hari kesembilan PKP sejak ia dilaksanakan pada 18 Mac lepas. Rakyat perlu berhadapan dengan tempoh yang lebih panjang, untuk perintah yang dikeluarkan kerajaan, yang bertujuan memastikan Malaysia dapat menangani jangkitan COVID-19. – UMNO Online

@www.umnoonline.my

Dapatkan berita terkini UMNO terus ke Whatsapp Anda! Ikuti     Whatsapp Channel UMNO Online sekarang.