Johari Sokong Usaha Cungkil Bakat Sukan Anak Muda, Mampu Bentuk Disiplin Tinggi

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyatakan komitmen berterusan beliau dalam menyokong usaha mengangkat bakat anak-anak muda di kawasan termasuk dalam sukan bola sepak. Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoniti berkata demikian menerusi hantaran di Facebook selepas berkongsi kehadiran pada Majlis Penyampaian Sijil Akademi Bola Sepak Tunas Lagenda Taman Maluri (ABTL). Johari […]

» Read more

Perjanjian JS-SEZ Dijangka Dimeterai Isnin Ini – MB Johor

KLUANG, 5 Jan – Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka dimeterai di Putrajaya Isnin ini, kata Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Beliau berkata, perjanjian itu akan memberi impak besar kepada ekonomi Johor, termasuk Industri halal dan pelancongan, dan pada masa sama dapat mengubah landskap ekonomi negara. Onn Hafiz berkata, JS-SEZ akan memberikan peluang ekonomi yang cerah, sekali […]

» Read more

Isu Najib: Wanita UMNO Junjung Titah Agong, Hormati Perlembagaan

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Wanita UMNO Malaysia dengan penuh hormat menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong serta menghormati Perlembagaan dan undang-undang negara. Setiausahanya, Datuk Rosni Sohar berkata Wanita UMNO Malaysia menghormati sepenuhnya kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan. “Kami percaya bahawa ihsan dan kebijaksanaan […]

» Read more

Khaled Gesa Berhenti Politikkan Isu Pengampunan Najib

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menggesa semua pihak agar berhenti mempolitikkan isu pengampunan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Tegasnya, proses pengampunan Najib bukan modal politik untuk mana-mana pihak dan menjadikan ia taruhan untuk populariti adalah sangat tidak bermoral. “Nampaknya ada parti politik yang menjadikan proses pengampunan Najib itu modal […]

» Read more

Fahami Keputusan… UMNO Terengganu Sokong Pembatalan Himpunan Solidariti

KUALA TERENGGANU, 4 Januari 2025 – UMNO Terengganu menyatakan pendirian menyokong keputusan Ibu Pejabat UMNO untuk membatalkan Perhimpunan Solidariti Bersama Datuk Seri Najib Razak yang dijadualkan berlangsung pada 6 Januari di Putrajaya. Dalam satu kenyataan rasmi, Badan Perhubungan UMNO Terengganu menegaskan bahawa parti itu sentiasa menjunjung tinggi prinsip kesetiaan kepada Raja dan Negara serta menghormati titah KDYMM Seri Paduka Baginda […]

» Read more

Jeffery Nor Ingatkan Kepentingan Berpolitik Secara Matang, Hindari Provokasi

KOTA KINABALU, 3 Jan – Pengarah Jentera Pilihan Raya Negeri Sabah, Jeffery Nor Mohamed, menegaskan pentingnya setiap pemimpin dan penyokong parti untuk menjaga tutur kata serta menghindari sebarang provokasi yang boleh mengundang ketegangan politik. Beliau mengingatkan bahawa kestabilan Kerajaan Perpaduan yang wujud hari ini adalah hasil kerjasama semua pihak, termasuk sumbangan signifikan daripada parti di Sabah. Oleh itu katanya, setiap […]

» Read more

Depani PRU-16… UMNO/BN Perlu Terus Dampingi Rakyat, Sentiasa Bersama Masyarakat – Mohamad Fadil

KUALA LUMPUR, 3 Jan – UMNO/Barisan Nasional (BN) perlu menggerakkan jentera untuk mendampingi rakyat dan masyarakat bagi mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Mohamad Fadil Md Zin berkata, gerak kerja awal perlu dilakukan dan momentum sokongan rakyat terhadap UMNO/BN harus dikekalkan. “Bagi saya untuk menghadapi PRU ke-16, kita semua perlu bersiap sedia dengan jentera […]

» Read more

Menteri UMNO/BN Beri Sumbangan Sebaiknya, Jaga Keutuhan Bawa Aspirasi Kerajaan Madani – Jailani

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jailani Johari menyifatkan keberadaan UMNO/Barisan Nasional (BN) bersama Kerajaan Perpaduan memberi manifestasi tersendiri dalam menjaga keutuhan kerajaan. Menurut beliau ini termasuk menteri UMNO/BN yang dilantik memberikan prestasi cemerlang di sebalik pengalaman yang dimiliki mereka dalam membawa aspirasi kerajaan Madani. “Alhamdulillah kalau dilihat di bawah kerajaan Madani ini sebenarnya […]

» Read more

UMNO Kelantan Teguh Pendirian Najib Perlu Perbicaraan Adil, Bersolidariti Pada 6 Januari

KUALA LUMPUR, 2 Jan – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakob berkata UMNO negeri terbabit tetap dengan pendirian bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak perlu mendapat keadilan. Katanya, pendakwaan ini adalah pendakwaan terpilih oleh Perdana Menteri ketujuh dan diteruskan kebobrokan itu oleh Perdana Menteri kelapan. “UMNO kekal dengan pendirian bahawa […]

» Read more

Tun Musa Aman Lafaz Sumpah Yang Dipertua Negeri Sabah

KOTA KINABALU, 1 Jan – Tun Musa Aman melafazkan sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 dalam istiadat di Istana Seri Kinabalu, di sini, hari ini. Musa yang diiringi isteri, Toh Puan Faridah Tussin sebelum itu tiba di Dewan Istiadat pada jam 10.11 pagi, sebelum melafazkan sumpah jawatan itu kira-kira pukul 10.22 pagi. Beliau kemudiannya menandatangani surat sumpah jawatan Yang […]

» Read more
1 199 200 201 202 203 1,938