PRK Chini: Calon BN Punyai Kelebihan Untuk Bantu Rakyat

PEKAN, 24 Jun – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini Mohd Sharim Md Zain dilihat mempunyai kelebihan untuk membantu penduduk setempat jika dipilih sebagai wakil rakyat kawasan itu. Menurut Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, Mohd Sharim mempunyai tiga faktor yang boleh menjadikan beliau pilihan pengundi berbanding dua calon Bebas yang […]

» Read more

Pembukaan Semula Sekolah Berjalan Lancar, Patuhi SOP Dan Normal Baharu

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Pembukaan semula sesi persekolahan hari ini berjalan lancar dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) normal baharu. Setelah kira-kira tiga bulan terhenti akibat pandemik COVID-19, seramai 500,444 pelajar daripada 2,440 sekolah menengah yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) […]

» Read more

Calon Bebas Bawa Suara Rakyat? Retorik Politik Sahaja – Farid

PEKAN, 24 Jun – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Pahang, Mohd Farid Mohd Nor membidas calon bebas di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini kononnya mahu membawa suara rakyat atas isu-isu yang ditimbulkan. Tegasnya, dendangan suara rakyat mereka hanyalah retorik politik semata-mata kerana bagi pandangannya Barisan Nasional (BN) selama ini sentiasa berusaha dan berjaya menyelesaikan permasalahan […]

» Read more

Hayati Rukun Negara, Jadi Pengguna Media Sosial Bertanggungjawab

KUALA LUMPUR, 24 Jun – Inti pati dan semangat Rukun Negara perlu diterapkan dalam diri rakyat Malaysia agar menjadi pengguna media sosial yang lebih bijak dan bertanggungjawab, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin. Bercakap semasa menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV bertajuk ‘Fasih Digital’ yang disiarkan malam tadi, Zahidi optimis jika kesemua prinsip […]

» Read more

Jangan Dipadam Rekod Kegagalan PH Urus Negara – Ahmad Maslan

PEKAN, 24 Jun – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengingatkan kepada rakyat agar jangan dipadam rekod kegagalan Pakatan Harapan (PH) mentadbir dan mengurus negara ketika menjadi kerajaan selama 22 bulan. Katanya, bukan sahaja negara berada dalam ‘gelap-gelita’ akibat kegagalan PH, malah kerajaan mereka runtuh akibat kegagalan parti-partinya berpakat dan perebutan jawatan perdana menteri. “Akhirnya kerajaan itu jatuh akibat […]

» Read more

TNB Kembalikan Dividen, Keuntungan Kepada Rakyat, Kerajaan

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Kritikan bahawa Tenaga Nasional Bhd (TNB) bermotifkan keuntungan semata-mata mungkin ada kebenaran. Hakikatnya, syarikat tenaga itu telah memberi semula kepada rakyat menerusi pembayaran dividen yang besar kepada kerajaan, yang dibelanjakan kembali dalam bentuk peruntukan pembangunan kepada rakyat. Pembangunan itu adalah selain daripada sejumlah projek komuniti yang diwujudkan TNB untuk membantu rakyat dalam pelbagai bidang termasuk […]

» Read more

Tahap Hutang Negara Mungkin Cecah 55 Peratus, Disiplin Fiskal Diteruskan – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Tahap hutang negara berkemungkinan mencecah had berkanun 55 peratus pada akhir tahun ini daripada 52 peratus ketika ini berikutan pelaksanaan langkah-langkah perlu untuk menyelamatkan nyawa, kehidupan serta merangsang ekonomi, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Kerajaan telah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM260 bilion diikuti Pelan Jana Semula Ekonomi […]

» Read more

Kerajaan Akan Ambil Tindakan Ke Atas Majikan Tidak Salur Subsidi Upah – Zafrul

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Kerajaan ada menerima maklumat terdapat majikan yang tidak menyalurkan subsidi upah kepada pekerja mereka dan ini telah melanggar syarat-syarat, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Beliau berkata bantuan rangsangan ekonomi tidak seharusnya disalah guna malah majikan perlu lebih bertanggungjawab dengan tidak mengambil kesempatan serta menganiaya pekerja mereka. “Saya ingin mengingatkan bahawa kerajaan […]

» Read more

PKPP: Jangan Alpa Kelonggaran Diberikan Kerajaan

KUALA LUMPUR, 23 Jun – Bagi ‘kaki wayang’ dan penggemar filem tempatan, mahupun antarabangsa, pengumuman kerajaan semalam untuk membenarkan pawagam kembali beroperasi bermula 1 Julai depan, sudah tentu merupakan satu perkhabaran gembira. Selepas hampir tiga bulan terpaksa menonton ‘layar kecil’ di rumah dengan rancangan dan filem lama yang disiar berulang kali, baik menerusi siaran televisyen digital percuma, mahupun stesen televisyen […]

» Read more

Anjur Majlis Perkahwinan: MKN Mesyuarat Esok, Keputusan Rabu – Ismail Sabri

PUTRAJAYA, 22 Jun – Mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) petang esok akan membincangkan secara teliti mengenai kebenaran mengadakan majlis perkahwinan dan keputusan akan diumumkan pada Rabu. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan memahami keluhan syarikat pengurusan majlis perkahwinan yang terjejas sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lepas. “Perbincangan esok bukan sahaja […]

» Read more
1 … 2,002 2,003 2,004 2,005 2,006 … 2,372